Lebih Dua juta rakyat mohon BR1M | IPOH – Sebanyak dua juta orang sudah mengemukakan permohonan masing-masing untuk mendapatkan wang sekali bayar RM500 menerusi program Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam tempoh enam hari sejak ia dibuka pada 10 Disember lalu.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kesemua permohonan itu sedang diproses oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menentukan kelayakan mereka.
Katanya, jumlah pemohon seramai dua juta orang itu membentuk 61.5 peratus daripada 5.2 juta isi rumah yang layak menerima manfaat BR1M.
“Saya yakin proses melibatkan 5.2 juta permohonan itu dapat disempurnakan dalam tempoh sebulan sehingga 10 Januari depan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Pada pembentangan Bajet 2012, Oktober lalu, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali bayar RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah bagi meringan beban rakyat berpendapatan rendah.
Bayaran akan dibuat mulai 16 Januari depan manakala tempoh pendaftaran akan bermula 10 Disember lalu hingga 10 Januari depan.
Ahmad Husni berkata, pemohon juga boleh menggunakan borang BR1M yang difotostat daripada borang asal selagi formatnya tidak diubah.
Beliau berkata, pihaknya banyak menerima pertanyaan berikutan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang permohonan BR1M yang difotostat bagi tujuan mendapatkan bantuan itu.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, orang ramai tidak perlu panik dan menasihatkan mereka supaya mendapatkan borang tersebut yang diedarkan melalui agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.
Ahmad Husni berkata, bagi memudahkan lagi proses permohonan, borang BR1M akan diiklankan di akhbar-akhbar utama esok selain boleh didapati melalui laman web Kementerian Kewangan.
Katanya, mereka yang berdaftar dengan program e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan mendapat pemberian RM500 itu.
Bagaimanapun, Ahmad Husni menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati agar tidak terperdaya dengan pengedaran borang permohonan palsu yang telah ditokok tambah seperti meminta nombor akaun bank.
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
Sunday, 18 December 2011
Lebih Dua juta rakyat mohon BR1M
Share this
Related Articles :
Bapa jual anak luar nikah KUCHING: Sekeping surat yang ditemui dalam bakul sampah menyelamatkan seorang bayi tidak sah taraf daripada dijual bapa kandungnya s ...
Wanita merajuk sampai mati lokasi dimana tempat ann nyunyut terjun dari kenderaan apncuan 4 roda kekasihnya MELAKA – Seorang wanita Vietnam yang merajuk berti ...
Pelajar tunggu SPM jadi GRO PETALING JAYA - Keseronokan tiga gadis yang baru tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengisi masa lapang menunggu keput ...
Video pemuda Malaysia sentuh perasaan artis AS TIMOTHY TIAH (kanan) dan Audrey Ooi. KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy ...
Askar Wataniah Maut Dilanggar Lori Askar Wataniah Maut Dilanggar Lori KULIM – Seorang askar wataniah maut setelah motosikal yang ditungganginya bertembung dengan seb ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Agama
Android
Artikel
Barclays Premier League
Berita
Berita Dunia
Blogger Preview
buat duit online
Contest
Dalam negara
dekstop background
English
FA cup
Fakta
Featured
FIFA 2014
Gallery
Gambar
Hacking
Hiburan
Info
info 18sx
Italian league
Jawatan Kosong
jenayah
Karya Seni
Keputusan
kesihatan
Komuniti
Lain-lain
Lirik dan Chord
Live stream
Luar Biasa
MH370
Movie
Pendidikan
Penyakit
Perumahan
petua
Politik
Public Diary
Saman
Santai
Software
Sosial
Spanish League
sukan
sukan luar negara
tempatan
Tips
Tutorial
UEFA Europa League
video
wallpaper
Wayang
0 Comments
Post a Comment