Friday 30 December 2011

Lagi lelaki ditahan berhubung pembunuhan pelajar


Lagi lelaki ditahan berhubung pembunuhan pelajar India

LONDON 30 Dis. - Pasukan polis Britain hari ini menahan seorang lagi lelaki yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang penuntut lepasan ijazah dari India di barat laut England pada awal minggu ini.

Anuj Bidve yang berusia 23 tahun, ditembak mati di kepalanya pada Isnin lalu di Salford berhampiran Manchester.

“Awal pagi ini, kami berjaya menahan seorang lagi lelaki disyaki terlibat dalam pembunuhan Bidve. Dia serta empat tertuduh yang lain masih berada dalam tahanan polis,” jelas polis dalam satu kenyataan.

Bidve yang berasal dari bandar Pune, India dilaporkan bercuti di negara tersebut bersama lapan rakannya sebelum dia ditembak. - AFP



Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment