Wednesday, 21 December 2011

Jumlah mangsa banjir Johor menurun kepada 2,991 orang

JOHOR BAHARU: Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Johor setakat 10 pagi ini menurun kepada 2,991 orang berbanding 3,265 semalam.

Portal banjir Majlis Keselamatan Negara melaporkan sebanyak 31 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu 16 di Kluang, lima masing-masing di Batu Pahat dan Segamat, Pontian (3) dan Kulai Jaya (2).


Cuaca baik sejak semalam turut menyebabkan paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat, turun daripada 6.25 meter kepada 6 meter walaupun masih dalam kategori berbahaya.

Sementara itu, paras Sungai Muar di Kampung Awat dan Buloh Kasap di Segamat, Sungai Simpang Kiri di Sri Medan, Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat serta paras air di Empangan Macap di Kluang masih lagi pada status amaran. -- BERNAMA
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment