Wednesday 21 December 2011

IPTS punca lambakkan masalah warga Afrika

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Masalah lambakan warga asing tidak mempunyai pasport dan hanya memegang kad pelajar ketika ditahan dalam kebanyakan operasi dipercayai berpunca daripada tindakan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang menyimpan dokumen tersebut.

Langkah itu dipercayai bertujuan untuk memastikan golongan tersebut dapat menjelaskan kos atau tunggakan pengajian.




Perkara itu dedahkan pihak berkuasa selepas terpaksa berdepan dengan pelbagai kesulitan ketika melakukan pemeriksaan terhadap pelajar warga asing.

Sumber berkata, sebahagian besar warga asing khususnya warga Afrika apabila diperiksa sering menunjukkan kad pelajar kerana mendakwa pasport disimpan oleh pusat pengajian.

Menurutnya, selain kad pelajar, mereka juga akan diberikan beberapa helai surat yang terdapat di antaranya tidak dapat dilihat dengan jelas kerana terlalu lama.

"Pusat pengajian bertindak demikian untuk memastikan pelajar terbabit menjelaskan tunggakan selepas tamat tempoh belajar tetapi mereka tidak tahu tindakan tersebut telah menimbulkan pelbagai masalah kepada masyarakat.

"Ia juga menyumbangkan kepada jenayah kerana warga asing lain telah memalsukan kad pelajar dan surat untuk memperdayakan pihak berkuasa sekali gus memperbodohkan rakyat Malaysia dengan pelbagai penipuan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Menurut sumber itu, pusat pengajian sepatutnya menggunakan cara lain untuk memastikan mahasiswa menjelaskan tunggakan termasuk menyekat sijil.

"Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya mengambil tindakan terhadap pusat pengajian yang terlibat dan bukan hanya memberi amaran kerana ia tidak cukup untuk mengurangkan jenayah melibatkan warga asing.

"Tindakan itu perlu disertakan dengan statistik terbaru supaya ia jelas menunjukkan tindakan yang dilakukan oleh kementerian berkenaan," ujarnya.


sumber : utusan
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

1 Comments: