Selain menukar saluran TV, Raja Lawak 6 turut menampilkan konsep baru dengan mewujudkan sistem Chief Besar (Ahmad Idham) dan anggota kecilnya Chief Kecil yang terdiri daripada Pak Yus, Angah dan juga Taukeh Raja Lawak. Sistem ini kali pertama diperkenalkan dan ia sama sekali tidak pernah dilakukan dalam penganjuran RL musim 1 hingga musim ke-5.
Pembaharuan yang dibuat adalah dengan penambahan tenaga pengajar iaitu Cif Besar dan Cif Kecik yang bertanggungjawab untuk mengasah bakat dan membantu peserta merangka persembahan komedi mereka. Para penonton berpeluang untuk memilih peserta pilihan mereka dengan menggunakan SMS.
Musim kali ini, setiap peserta Raja Lawak 6 akan dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mana mereka akan diterajui oleh 3 orang pelawak tempatan sebagai guru. 3 orang guru bertindak sebagai penasihat dan dikenali sebagai Cif Kecik. Dalam pada itu, 3 Cif Kecik ini pula akan dipantau dalam pengawasan seorang Cif Besar.
Dalam pada itu, Raja Lawak 6 masih mengekal Johan atau Mohd Yazid Lim Mohd Aziz dan Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak sebagai hos utama RL6 yang sememangnya diakui oleh pihak produksi bahawa mereka adalah daya tarikan program yang berteraskan komedi dan lawak jenaka tersebut.
Sumber : http://www.asyrafasnawi.com
tag : Raja lawak, lawak, raja lawak 6, rajalwak, pelawak, tarikh raja lawak, peserta raja lawak 6
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter
Make Your Own Gifts Here
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
0 Comments
Post a Comment