gambar hiasan | google |
SUNGAI PETANI: Mayat kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang dilaporkan tergelincir ke dalam longkang besar berhampiran rumahnya ketika hujan lebat petang Isnin lalu di Bandar Puteri Jaya Hill Park di sini, ditemui hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali, berkata mayat Mohd Sulaiman Mohd Zakaria dijumpai terapung dalam kolam takungan air di taman perumahan itu pada jam 7.45 pagi kira-kira 50 meter dari tempat dia terjatuh.
"Gerakan mencari dilakukan oleh 20 anggota polis bersama bomba, penduduk setempat, tentera dan anggota Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan tiga bot," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Isnin, Mohd Sulaiman sebelum itu dikatakan turun ke dalam longkang itu bersama tiga lagi rakannya untuk mandi namun mengambil keputusan untuk naik ke atas semula kerana hujan semakin lebat dan arus air deras.
Bagaimanapun, Mohd Sulaiman tergelincir semasa cuba memanjat tebing untuk naik ke atas dan dihanyutkan arus deras ke kolam takungan air berkenaan.
Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat. - BERNAMA
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments
Post a Comment