Tuesday 20 December 2011

2 beradik mengaku salah simpan kenderaan curi

gambar hiasan semata-mata
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar yang baru selesai mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan abangnya berusia 21 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan menyimpan sebuah kereta Proton Wira milik seorang jururawat yang dilaporkan hilang.

Tertuduh, juvana berusia 17 tahun dan abangnya, Mohd Firdaus Azmi, 21, berasal dari Jertih, Besut mengaku bersalah atas pertuduhan secara bersama mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan (KK) kerana memiliki barang curi.

pandu uji volkswagen dan berpeluang untuk memenangi IPAD 2! - klik untuk maklumat
mat tune - park it on youtube - anda mesti menontonnya!


Mengikut pertuduhan, dua beradik itu bersama tiga lagi yang masih bebas didakwa dengan curangnya menyimpan barang curi iaitu kereta Proton Wira milik Rosilawati Daud, 35, di Kampung Dusun Beliku La, Jertih, Besut jam 7.30 malam, 4 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Noradila Ab Latif manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebaik pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh direkodkan, Noradila membenarkan pelajar berkenaan dilepaskan dengan jaminan RM2,000 sementara menunggu 29 Januari depan untuk penghakiman kes selepas mendapatkan laporan akhlak tertuduh yang masih di bawah umur.

Destinasi menyelam di Malaysia - klik
Raihkan tahun baru ber sama Mizz nina, Joe Flizzow dan banyak lagi -klik


Beliau juga menetapkan tarikh sama menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Firdaus yang tidak boleh diikat jamin kerana berdepan tuduhan lain..

Dalam pertuduhan berasingan di mahkamah sama juga, Mohd Firdaus dikenakan hukuman penjara sembilan bulan selepas mengaku bersalah melupuskan harta curi iaitu sebuah kereta Proton Wira milik seorang buruh, Mohd Ismail Ali, 39.

Tertuduh mengaku bersalah mengikut pertuduhan pilihan, Seksyen 414 KK iaitu melupuskan sebuah kereta Proton Wira berkenaan yang berharga RM10,000. - harian metro

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment