Friday 2 September 2011

[Artikel] Punca raya membosankan


 Kalau anda tengok, kat Facebook kadang-kadang ramai yang update status cakap raya tahun ini membosankan, tak seronok macam tahun sebelum ini lah dan banyak lagi. Sebenarnya mereka tidak patut cakap macam tu sebab
mereka sepatutnya kena bersyukur..

Bersyukur kerana mereka masih mempunyai adik beradik, dapat beraya dengan saudara mara, beraya rumah sepupu sepapat itu semua. ada yang kata baju raya tahun ni besar, warna tak menarik, tak dapat beli baju pilihan sendiri dan banyak lagi.

sebenarnya mempunyai baju untuk beraya dah kira memadai. kita patut tahu bahawa banyak lagi mereka yang beraya tanpa pakaian baru. bagi golongan anak yatim mereka sememangnya akan bersedih beraya tanpa orang tersayang.
kita juga kena bersyukur kerana ibu bapa kita masih mampu mebelikan persiapan raya kita. Apa agaknya perasaan ibu bapa kita sekiranya dia tahu yang kita tidak suka dengan persiapan yang mereka sedia kan? pasti mereka akan bersedih kerana mereka telah bersusah payah mencari rezeki semata-mata untuk menggembirakan hati anak mereka di hari raya.

ada ibu bapa mereka yang tidak mempunyai baju raya baru kerana tidak cukup wang untuk beli pakaian untu mereka. kita kena sedar itu. jika anda ada terkasar bahasa, mengguriskan hati ibu anda, atau marah kerana tidak suka persiapan raya anda tahun ini, segeralah minta maaf kepada mereka kerana tanpa usaha mereka anda tidak mungkin dapat berya dengan gembira tahun ini.
tiada isitilah raya membosankan kerana mereka yang tidak gembira dengan sambutan hari raya adalah mereka yang tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan. bersyukurlah kerana kita masih dapat beraya dengan keluarga dan adik beradik kita yang lain kerana ramai lagi yang tidak bernasib baik seperti kita.. Alhamdulillah
 p/s : adam mohon maaf andai terkasar bahasa atau terlanjur bicara. sekadar berkongsi pendapat dan perasaan
Post License @ adamfikri.com. [click to see license] kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here



23 Comments:

  1. uih. insaf seketika. betul la, kte sebok cakap bosan ape semua. tp tak pikir nak mengebestkan raya tu. kalau dok ngadap lptop, tang mana bestnya raya tu kan? ;)

    ReplyDelete
  2. @beLLa tu la..dorang dok ckp bukan2..x fikri ke hati parents diorang..adam pun ada jgk rasa bosan tpi bila adam fikir blik, adam sebenarnya kena bersyukur sebab masih ada keluarga...ibu bapa yang dapat menyediakan persiapan raya kita..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... raya sama spt tahun2 yg lepas, cuma tahun ni lebih terasa kegembiraan pabila anak yg belajar kat KUIS tu balik beraya sama. Maklumlah pengalaman pertama anak belajar jauh dari Labuan.

    ReplyDelete
  4. huhu...btol la..sy pon ckp sbb akk n abg sume blk umah mertua...tgl sy sorg..bile pkr blk,,stil ade mak ayh...kalo dorg da xde,,baru taw nasb dri tu.....btw,,slamat ari ry adam :)

    ReplyDelete
  5. dapat beraya pun dah kire ok..pakai baju raya lama pun meriah jugak..cume yang penting kita je kena bersyukur dan bersederhana

    ReplyDelete
  6. haha..mama bes je..cume xbes sbb xdpt det ayer je..waaa...

    *nanges

    ReplyDelete
  7. bosan sbb xkua beraya...lg satu xdpt duit raya sbb da beso pjg...hahaha...kalo xnk bosan, riang2 kn lah dri...hihi

    ReplyDelete
  8. bestla rye ni...kalo xbest..xdeyer kamu2 tugu rye ni kan..ye dak?? :)

    ReplyDelete
  9. betul tu adam comel.
    kalo mcm bro ni
    keja jauh
    merantau
    bersyukur sgt dpt beraya
    bersama keluarga tau

    ReplyDelete
  10. masa kecik umur 4-7 thun Raya paling best.
    pastu fasa x best dah
    pastu masa yg paling best masa ada couple... umur 24-28
    pastu tak best dah
    tunggu ada anak baya 3-7 tahun, baru best balik raya...
    pastu tak best dah
    pastu repeat... tunggu ada cucu balik... datang la balik fefeeling best raya semula... tu yg di observe sekitar raya

    ReplyDelete
  11. hmmm terasa bosan gak la raya tahun ni. xtau nape :(

    ReplyDelete
  12. setuju tu..spttnya bersyukur..

    alhamdulillah, sy bersyukur dgn apa yg ada..

    yg membosankan itu ialah rancangan di TV..mmg macam hampeh..sebabnya takda cerita yang baru..suma cerita2 recycle..haiihh...

    ReplyDelete
  13. haha..errmm raye taon nih antare terbaek :D

    ReplyDelete
  14. btol la raya thn ni npk hambar ja..anak2 thn ni x mintak beli bunga api pon

    ReplyDelete
  15. bukan bosan tapi dorang x larat nak layan tetamu dtg non-stop kot letih gamaknya

    ReplyDelete
  16. xkan layan tetamu bosan kot..selalunya diorg update kata raya x best sebab baju la, kena balik kmpung la..@shila .. ok la tu dapat beraya dengan adik beradik dari berya sendiri kan...

    ReplyDelete
  17. salam kenalan bro.
    apapun kita perlu bersyukur apa yang ada dihari raya ni. lagipun sambut secara sederhana lagi best & mudah sebab tak membebankan diri sendiri~

    ReplyDelete
  18. raya tahun ni lagi best dari tahun lepas :) pelik kenapa orang cakap raya x best..time raya dpt ziarah rumah sanak saudara mara dan rakan taulan..

    ReplyDelete
  19. tak sabar nak keja...nak beli baju raya kat umi n abah...huhu

    ReplyDelete
  20. aisshh...sape yg ckp cmtu tuh..memeang xreti bsyukur langsung..huhu..

    p/s : xbest la coz xdpt duit raye byk..ehehe..eerrrr

    ReplyDelete
  21. sama la kita @bungaitucantik..dah besar duit dapat sikit je la..hmmm

    ReplyDelete
  22. ada jugak tersuram raya ni..tp tu la...btol ckp awak..kena syukur...

    ReplyDelete