Monday 15 August 2011

[IArtikel] Starbucks Coffee | halal atau haram?


Korang pernah makan dan minum kat Starbucks coffee tak? mesti ramai yang pernah kan. macam adam , adam mengaku yang adam tak pernah makan lagi kat starbucks. Old town white coffee pun adam tak pernah pergi taw walaupun duduk dekat.


Adam ada juga dengar berita yang kata starbucks ni haram kalau kita pergi makan dan ada yang kata halal. sejauh mana kebenaran berita yang di sebut2 tu?


baca kenyataan yang dikeluarkan oleh jakim di bawah ni...


Jakim melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan "JAKIM mengesahkan restoran starbucks coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak. Untuk pengesahan sila hubungi 03-8886400". Kenyataan ini juga disebarkan melalui laman sosial facebook


Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang menyatakan restoran Starbucks Coffe adalah haram.


Restoran Starbucks Coffee telah mendapat sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM mensihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbucks Coffee maka perlu melihat sijil dan logo halal yang di pamerkan di restoran tersebut atau merujuk [tekan sini] untu pengesahan


so, JAKIM tak kata Starbucks Coffee haram kalau korang pergi. Kalau nak pergi, pergi sahaja dan kalau ragu2 seeloknya tak payah pergi.. apa2 pun rujuk sijil halal jika korang was-was ok..


Post License @ adamfikri.com. [click to see license] kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

4 Comments: