Friday 19 August 2011

[Artikel] Sebaiknya menegur daripada mengata


Tidak semua manusia sempurna dan semua manusia biasa melakukan kesilapan. Kita hanya manusia yang lemah dan tidak sempurna. Melakukan kesilapan itu sudah menjadi biasa kepada manusia.



seperti yang korang tahu, mengata dan mengumpat bermaksud menceritakan sesuatu keaiban orang dibelakang pengetahuan orang yang di mengata itu. itu berdasarkan pemahaman adam. umpatan bukan sekadar bercakap menggunakan mulut, malah laman sosial juga boleh menjadi salah satu tempat umpatan yang berkesan ^^


beza antara menegur dan mengumpat


sekiranya kita ingin menegur seseorang, kita perlu tegur dengan cara yang elok, walaupun pekara yang dilakukan oleh orang yang kita ingin tegur itu sangat menyakitkan hati. jika kita tegur dengan elok, insya-Allah orang itu pasti akan mendengar seterusnya tidak akan melakukan kesilapan yang sama lagi.


mengata/mengumpat


apabila kita mengata atau menceritakan keaiban seseorang pada orang lain,pernahkah korang terfikir perasaan orang itu sekiranya dia mengatahui ada orang mengata dia, pasti kekecewaan dan kemarahan yang akan melanda diri orang itu. mungkin ada sesetengah orang yang akan melenting dan berniat untuk membalas dendam, tetapi bagi mereka yang sedar akan kesilapan dia, pasti akan kecewa. 


jika semua orang tahu keaiban orang yang di kata itu, dan semua orang berfikiran - seperti yang korang katakan, di manakah peluang untuk orang itu berubah.


Allah (S.W.T.) telah menetapkan nash yang berupa celaan keras tentang mengumpat dalam firmannya :

Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak menyukainya yang sedemikian itu;(Surah Hujurat ayat 12)

Rasullah (S.A.W.) pula pernah berpesan agar kita menjaga lidah mengenai hal orang yang membuka rahsia orang lain dalam sabdanya:

Wahai kumpulan orang yang beriman dengan lidahnya tetapi tidak masuk kedalam jiwanya! Janganlah kamu mengumpat orang Islam dan janganlah mengesan atau mencari-cari rahsia mereka kerana barang siapa mengesan rahsia mereka, Allah akan buka rahsianya. Dan barang siapa Allah buka rahsianya maka dimalukan dia dalam rumahnya (sekali pun dirahsiakannya).
so, menegur itu lebih baik daripada mengata. sekiranya kita pernah mengur kita tak perlu mengata. mungkin ada mengangap ianya untuk meluahkan perasaan, tetapi baguskah sekiranya kita dapat meluahkan perasaan dan orang lain mendapat tanggapan buruk?


p/s : adam minta maaf sekiranya ada yang terasa. Adam dah maafkan ^^ dan sedar akan kesilapan yang pernah adam buat..


Post License @ adamfikri.com. [click to see license] kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

13 Comments:

  1. menegur sudah semestinya lebih baik drpada mengata,,sama dgn apa yg saya alami. bukan saja boleh mengubah seseorang, tapi maruah org yg berbuat salah tu pon tak tercemar,

    ReplyDelete
  2. setuju.. sekarang, kalau ada orang buat silap, pasti akan di kata.. sepatutnya tegur dengan cara elok.. adam pun dah terkena ^^ @fiq.

    ReplyDelete
  3. itu lbih baik. menegur dr mngata :)
    tp skrg, sbaliknya~

    ReplyDelete
  4. meluahkan perasaan bley adam?? huhuhu

    ReplyDelete
  5. menegur ni sebenarnya memerlukan 1 keberanian.. kdg2 tak semua org boleh ditegur, ada yang mudah melenting kerana sentiasa merasa yang dia betul... sikap ni lah yang buat org lain kdg2 diamkan dan tidak menegur secara berdepan..

    tetapi mengata di belakang tanpa pengetahuan org tersebut merupakan umpatan sekiranya dia mendengar kata2 tersebut akan mengecilkan hatinya..

    beranilah demi kebaikan. Allah tahu niat kita :)

    ReplyDelete
  6. errr? jangan mengumpat di bulan puasa??
    meaning bulan lain bole la mengumpat?

    ReplyDelete
  7. itu gambar ciplak dari google la.. mengumpat xboleh buat langsung...bukan bulan posa ja.. ^^@Mohd Izzar

    ReplyDelete