Monday 15 August 2011

[Artikel] Peniaga leka kejar untung terlepas nikmat ramadhan


seperti yang kita tahu, bulan ramadhan adalah bulan pesta segala pesta. Dalam bulan ramdhan kita akan dapat pelbagai nikmat. Ramadhan juga merupakan nikmat kepada golongan miskin dan anak yatim serta ibu tunggal kerana kemurahan hati umat islam yang berganda pada bulan ramadhan.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi walau sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu.” (Hadis Ahmad dan An-Nasaie).
Dalam masa yang sama juga, pesta ini turut penting terutama bagi golongan peniaga yang inginkan keuntungan segera. Malah yang tidak bekerja juga turun padang untuk membuat kerja tambahan iaitu dengan menjadikan peniagaan pasar ramadhan yang menjanjikan pulangan lumayan.


Sejak terma Pasar Ramadan diperkenalkan di Malaysia, banyak kesan buruk berbanding kesan baik yang diperoleh. Kelekaan berniaga dan membuat persiapan perniagaan memakan tumpuan dan ruang untuk mereka beramal ibadat.
Keletihan membuat kerja tambahan ini pasti juga menyebabkan mereka tidak berdaya lagi melayari bahtera ibadah di masjid yang menjanjikan keampunan dan kerahmatan Allah.

Perniagaan adalah pekerjaan mulia dan sunnah Rasulullah SAW. Namun, Islam menitikberatkan soal hak, keadilan, kejujuran dan keikhlasan dalam urusan ini. Akhirnya, semua nilai ini terhakis kerana terlalu mengejar jualan dan risau rugi jika dibuang begitu saja. Inilah ujian terbesar kepada peniaga.

Ada yang berniaga tetapi tidak menjaga kualiti makanan atau lauk yang dijual. Cantik di mata namun tidak menepati kriteria sesuatu kuih atau lauk itu sendiri, semuanya kerana mahukan untung yang maksimum dengan kos minimum.

Allah memberi amaran keras dalam al-Quran yang bermaksud: “Ada suatu sungai dalam neraka jahanam itu disediakan bagi orang hina, yang apabila mereka menyukat atau menimbang akan sesuatu yang mereka jual maka akan mengurangkan sukatan atau timbangan tetapi apabila membeli barangan dari orang lain mereka akan melebihkan sukatan atau timbangan untung mereka.” (Surah al-Mutaffifin, ayat 1-3).

Peniaga yang tidak jujur akan untung wang ringgit tapi sebenarnya mereka adalah manusia yang rugi andai terus mengamalkan sikap demikian. Ramadan sepatutnya menjadi bulan mendidik dan mengajar mereka erti keikhlasan dan memberi, kerana keuntungan sebenar adalah apabila kita meraih habuan syurga daripada Allah di akhirat kelak.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peniaga yang jujur itu bersama para nabi, siddiqin dan syuhada nanti di syurga.” (Hadis riwayat Bukhari).

Rasulullah juga memberi amaran dalam sabda yang bermaksud: “Jual beli dilakukan dengan tawar-menawar, jika kedua-dua pihak jujur dan nyata, maka mereka diberkati, tetapi jika kedua-duanya dusta dan merahsiakan, maka keberkatannya akan lenyap.” (Hadis riwayat Abu Daud).
so, kepada peniaga, janganlah korang lalai dan leka dengan mengaut keuntungan semata-mata. rebutlah juga nikmat bulan ramadhan kerana banyak manfaat yang akan kita peroleh nanti.


sumber rujukan : berita harian


Post License @ adamfikri.com. [click to see license] kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

3 Comments: