Sunday 12 June 2011

Bersahabat atau tumpang kesenangan?


Kalau nak cerita pasal kawan ini memang banyak.. ada cerita yang baik dan ada cerita yang buruk.. semua itu bergantung kepada kepandaian kita dalam memilih kawan.. jika kita pilih untuk berkawan dengan orang yang elok perangainya maka banyaklah cerita yang enak2 di dengar dan jika kita pilih rakan yang sebaliknya, maka sebaliknya juga yang akan berlaku..

Kadang-kadang, kita rasa seronok apabila orang senang berkawan dengan kita, sering bersama kita. Tetapi tahukah kita bahawa tak semua yang berkawan dengan kita itu benar2 suka pada kita. Ada juga golongan yang berkawan kerana harta. Maksud aku bukanlah dia suka minta macam2,tetapi jenis yang tumpang kesenangan..

Tidak ramai yang berperangai macam ini..mungkin segelintir sahaja.. so, korang tak perlu risau.. jenis rakan yang macam ini amat mudah untuk di kenal pasti.. korang lihat, dalam setiap kali korang lepak2 bersama, siapa yang selalu meminta barang atau apa yang korang anda.. jika sekali sekala normal lah tu, tetapi kalau selalu?

Aku tak kisah kalau dia nak kan sesuatu, tetapi, kenapa bila dia ada sesuatu itu, dia senyap je.. contoh yang mudahlah.. pergi ke cc..ok, kita pergi cc 2jam, sejam RM1, bila 2 jam mesti RM2, tiba2 kawan kita datang minta kita belanja dia, so kita kena bayar RM4 la kan..ok, sekali tu je tak palah..macam mana jika setiap hari? Tak ke pokai duit.. lepas tu, bila dia pergi cc, senyap je..tak bagi tahu.. taw2 da ada kat cc..bila peril [banyak duit], “tu duit mak aku bagi”..aneh, padahal petang tu dia cakap mak dia tak bagi duit..

Macam tu lah kawan..aku bukan burukkan sesiapa, Cuma berharap dia berubah..dia takkan pernah baca entry ini kerana dia Bengap [nada marah!]..sory sesiapa yang tak suka bahasa aku... ini blog aku dan aku berhak luahkan perasaan....



Post License @ adamfikri.co.cc. [click to see license]

0 Comments

Post a Comment