Monday 16 May 2011

Tip : 3 in 1 : part 3

Salam sejahtera semua. Untuk slot tips saya akan berkongsikan 3 tip yang berguna untuk korang . tip yang ingin saya ceritakan hari ini adalah cara lembut dan haluskan rambut , cara kurangkan kudis berair, cara hilangkan panau dimuka

Cara lembut dan haluskan rambut


Tip ini umumnya untuk perempuan lah. Jika lelaki ingin mencubanya tiada salahnya. Caranya mudah sahaja.
Ambil sebatang daun lidah buaya dan dibuang kulitnya. Lendirnya disapukan ke seluruh rambut. Biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan yang bersih. Amalkan selama2 atau 3 kali seminggu. Hasilnya rambuta akan kelihatan lembut dan halus serta lebat. Insya-Allah. Ia sesuai bagi bayi yang baru bercukur..

Cara kurangkan kudis berair

Penyakit kudis adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit. Factor jangkitan kudis adalah persekitaran udara yang kotor dan tercemar. So saya ada penyelesaian untuk masalah ini. Tip ini tersangatlah berguna bagi meraka yang duduk di asrama. Nak tahu kenapa? Kerana saya pernah duduk asrama dan masalah ini memang akan melanda semua budak2 asrama..
Cara dia mudah sahaja. Ambil sedikit asam jawa, campur dengan sedikit garam halus dan air. air itu harus pekat. Kudis  tersebut perlu dikeringkan sebelum terlebih dahulu sebelum meletakkan air tersebut. Lakukan cara tersebut setiap malam. Jika anda ingin cara yang lebih bagus, jumpa sahaja doktor atau mandi air laut... air masin mampu membunuh kuman kudis tersebut..

Cara hilangkan panau dimuka

Masalah panau ini sebenarnya bukan lah asing bagi saya kerana ketika saya berusia 12 & 13 tahun muka saya dipenuhi dengan panau. Pada mulanya saya tidak ambil kisah pasal panau di muka saya namun bila semakin dewasa kita mesti nak bergaya.. so panau ini hanya menganggu sahaja.. ada tip mudah untuk hilangkan panau..
Ambil seketul halia dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian sapu pada tompokan panau tersebut.. amalkan setiap malam. Atau anda boleh dapatkan ubat untuk hilang panau dalam bentuk pil yang boleh di dapati di farmasi. Kebiasaanya jika ubat lagi mahal lagi cepat hasilnya seperti saya yang hanya ambil masa 5 hari untuk hilang semua panau..

So saya harap agar tips di atas berguna dalam kehidupan seharian anda. Jika anda mempunyai sebarang petua atau tips yang ingin dikongsikan boleh lah emailkan pada saya.

2 Comments: