Sunday 15 May 2011

Khasiat Teh hijau

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia..untuk slot kesihatan saya akan ceritakan tentang khasiat Teh Hijau pula.Seperti yang kita semua tahu terdapat pelbagai jenis teh yang ada di dunia ini..Antara yang menjadi pilihan ialah teh hitam, teh oolong, atau teh merah, teh hijau dan juga teh putih.Setiap satu mempunyai keistimewaan sendiri la..so hari ini saya akan menceritakan tentang keistimewaan teh hijau..

Kebaikan & khasiat Teh Hijau

Teh dapat tumbuh dengan baik di kawasan pergunungan beriklim sejuk. Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 hingga 8 meter. Daun teh berbentuk bujur panjang dengan gerigi  halus pada pinggiranya. Daun teh berwarna hijau manakala bunga teh berwarna putih dengan serbuk sari berwarna kuning.
Daun segar mengandungi kira-kira 4% kafein. daun yang muda dan bersinar menjadi pilihan penghasilan teh. Kebiasaanya ia disediakan daripada daun yang tidak menjalani proses penapaian. Ia akan dikeringkan untuk jangka masa singkat dan dipanaskan. Disebabkan ia tidak melalui proses penapaian, ia mengandungi kandungan polyphenol yang tinggi. Polyphenol merupakan bahan kimia yang bertindak sebagai antioksida yang kuat.
Teh hijau juga turut mengandungi minyaka asas seperti (aldehydes, phenylethyl alcohol, phenol, hexenal, hexanal, linalool, dihydroactinidiolide dan p-vinylphenol),  vitamin (B dan asid askorbik), mineral (floria, aluminium), tannin dan kafein.

Mampu kurangkan berat badan?

Teh hijau telah digunakan selama beribu tahun di China dan Negara Asia lain. Penggunaanya termasuk mengurangkan tekanan darah tinggi, menyekat bacteria patogenik yang menyebabkan keracunan makanan dan menghalang tindakkan karsinogen, cahaya ultraungu dan metastasis. Kelebihan daripada segi kesihatan pula adalah berkaitan dengan kandungan flavonoid yang tinggi dari jenis catechin (dikatakan lebih berkuasa daripada vitamin c & e). Teh hijau dikatakan mampu mempercepatkan metabolism dan mempercepatkan kehilangan berat badan, meningkatkan tahap tenaga dan kuasa minda, malah ia juga bertindak sebagai antioksida yang kuat.
Pengambilan teh hijau dikaitkan dengan pengurangan risiko bagi kebanyakkan barah termasuklah barah kulit, barah payudara, barah paru-paru, barah kolon, barah esofagus dan barah hempedu. Polyphenol dalam teh hijau bertindak sebagai antioksida boleh menyekat pertumbuhan sel-sel barah yang wujud.

Mampu bunuh bakteria penyebab bau busuk dalam mulut?

Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bacteria topical dan boleh membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bacteria berkumpul dalam mulut yang menyebakan kerosakkan gigi. Kandungan Tannin dalam teh hijau juga dikatakan mampu mencegah plak melekat pada gigi. Tindakan antibakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalh mulut berbau dengan cara membunuh bacteria penyebab bau busuk.

So ini sahaja maklumat tentang pokok teh hijau yang saya perolehi. Jika anda mempunyai sesuatu yang ingin dikongsikan pada blog ini sila emailkan pada saya di mafhardstyle@gmail.com..semoga anda gembira membaca blog saya. Sekian...

0 Comments

Post a Comment