Monday 13 December 2010

Tips bila anda dimarahi oleh ibu anda

picture by google
di marahi oleh ibu kita adalah pekara normal kan.. korang semua mesti pernah kenamarah dengan ibu korang kan . aku pun pernah . tapi kadang2 je coz aku anak yang baik . huhu . so , aku ini boleh dikatakan selalu juga kena marah . bukan sebab apa sebab nakal je . oleh sebab itu , aku telah pun membuat kajian . hohoho . nak tahu apa aku kaji? meh kita baca sama2 . ok . tips ni aku tak dak ciplak mana2 ok . ni semua berdasrkan apa yang aku tengok & pengalaman aku . 




Dengar ceramah Dulu


apabila kita dimarahi oleh ibu kita comform dia akan bagi sedikit taklimat bergunakan . kebanyakan anak2 mesti diorang dengan biadapnya masuk ke bilik terus or keluar rumah . ini membuatkan ibu korang lagi marah & tersinggung dengan perbuatan korang . oleh itu , korang kenalah hormati ibu korang . bila dia bagi ceramah or teguran korang ambil teguran itu elok . dengar sahaja apa yang dicakapkan oleh ibu korang . mesti lama2 marah dia akan reda .




Pandang Muka


sesetengah orang kata bila ibu kita marah muka dia menakutkan . tapi sebenarnya tak menakutkan mana pun . kalau ibu aku marah tak menakutkan pun . cute lagi ada la . haha . apabila ibu kita marah , pandang je muka dia , masa inilah korang nak wat muka kesian korang (sesetengah orang je boleh buat , macam aku ^^) . bila ibu korang tengok je mesti dia rasa bersalah nak marah  coz sebenarnya ibu korang tegur korang sebab dia sayang korang . jangan lah korang angkuh & ego sangat dengan pandang tempat lain . tu dikira tak hormat ibu dah tu . korang pun tahu kan hukum orang yang tak hormat ibu apa kan . so , Pandang muka dia bila dia sedang bercakap .


memohon maaf


pekara ini tak perlu nak sarankan lah coz memang perlu . setiap kali buat salah mesti kena minta maaf . jangan   buat bodoh je macam tak da salah pape . ada juga yang jenis ego kuat . bila buat salah tak nak minta maaf langsung . nak kena orang paksa minta maaf barulah terhegeh2 nak minta maaf . so , BIASAKAN MEMINTA MAAF


mengambil hati


hehe.. pekara inilah yang aku selalu buat bila ibu aku marah . senang je . korang kena tahulah the most thing yang ibu korang suka . macam ibu aku , dia suka edit gambar & make up blog dia . so , bila ibu aku marah , aku akan dengar dulu , then masuk bilik . lepas itu aku turun balik & bagitaw kat dia yang aku ada gadget baru untuk blog dia or tanya ada gambar nak edit tak . lepas aku cakap tu terus je mak aku senyum . hahah . senang je nak bagi mak kita tak marah . kena pandai ambil hati la ok .


picture by google
Memuji


"ibu , ada kawan kat sekolah kata muka ibu nama cantik yang gambar kat facebook tu" . ayat inilah yang  aku guna kalo nak ambil hati ibu aku . mesti dia akan seronok bila anak dia puji dia . so , korang pujilah ibu korang . pandai2 ambil hati , nnt korang juga yang untung . korang puji je apa2 pun sama ada dari segi pemakaian , masakan or hasil2 yang dibuat olehya .


so , ini sajelah tips yang aku boleh kasi . kalo ada lagi nnati aku edit la balik ok . semoga berjaya . jangn derhaka  pada ibu anda ok .

0 Comments

Post a Comment