seorang penduduk Kampung Taman Seri Waja, Segamat, Johor yang juga seorang guru didakwa meracun sehingga mati 20 ekor kucing jirannya kerana kucing-kucing itu mengotorkan kawasanhomestay miliknya.
Seorang pemilik kucing yang telah menjadi mangsa racun oleh guru tersebut telah memuatnaik gambar kucing yang mati dalam keadaan menyayat hati dan amat kesal dengan tindakan guru tersebut yang dianggap amat melampau.
Penduduk di situ telah menghantar sampel ikan kepada Pejabat Veterinar Daerah dan laporan polis juga akan dibuat berdasarkan hasil siasatan.
Kumpulan Pencinta Haiwan turut menyokong tindakan penduduk yang telah kematian kucing yang membawa perkara itu ke muka pengadilan dan mengutuk tindakan kejam guru berkenaan.
0 Comments
Post a Comment