Thursday 3 April 2014

Dato' Seri Hishammuddin Balas Surat Peminat Ciliknya Dari Perancis

Insiden kehilangan pesawat MH370 menjadikan Malaysia menjadi tumpuan dunia. Personaliti paling menonjol sepanjang 23 hari ini sudah tentunya Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein termasuk turut mencuri tumpuan peminat ciliknya dari Perancis.

Jika sebelum ini Hishamuddin menerima sepucuk surat dari peminat ciliknya dari Perancis, hari ini beliau berkesempatan untuk membalasnya.


Hishamuddin merakamkan penghargaan kepada Victor Lopez, di atas penghargaannya memuji usaha Malaysia menangani insiden kehilangan pesawat MH370.
Hishamuddin turut sempat memesan agar Victor rajin belajar dan jika ada peluang, bolehlah Victor meluangkan masa melawat Malaysia.

Victor Lopez pada 8 Mac lalu telah menulis sepucuk surat kepada Hishammuddin kerana mengkagumi personaliti dan tindakan beliau.

0 Comments

Post a Comment