Handphone dulu dengan sekarang sangat berbeza. Kalau dulu bateri sangat tahan dan keadaan fizikalnya juga sangat tahan lasak. Tetapi sekarang ada sesetangah HP itu bila jatuh sekali je sudah retak skrin atau sudah tak boleh buka.
Begitu juga dengan ketahannya dari air. Ada Sesetengah HP direka dengan kalis air. Tetapi kebanyakkanya bukan kalis air. Oleh itu admin akan kongsikan cara yang perlu anda lakukan apabila HP canggih anda dimasuki air.
- Tanggalkan Bateri dari HP anda. Tanggalkan juga sim, Sd card anda
- Tanggalkan Semua cover HP anda, casting anda. Tinggalkan yang bahagian dalam sahaja.Sekiranya basah anda boleh lap dengan tisu atau kain yang kering dahulu.
- Keringkan komponen dalam HP anda itu dengan hair dryer, tetapi janganlah terlalu dekat. Nanti kalau terlampau panas cair pula komponen HP anda.
- Sekiranya anda tidak mempunyai hair dryer, anda boleh letakkan terus HP anda itu kedalam bekas beras di rumah anda kerana dikatakan bahawa beras menyerap air tapi pastikan anda buat arahan nombor 1 & 2 dahulu.
- Jangan keringkan HP anda di bawah matahari takut merosakkan komponen dalam HP anda itu.
- Apabila sudah kering, cas HP anda sampai penuh dahulu. jangan terburu-buru untuk pasang bateri dan terus on hp anda. Jika anda lihat & yakin bahawa komponen dalam hp anda sudah kering barulah masukkan bateri dan on semula..
admin harap dengan cara ini anda mampu menyelamatkan hp anda dan warranty hp anda. jangan jadi macam admin, BB rosak sampai kesudah rosak.
0 Comments
Post a Comment