Wednesday 15 June 2011

Bila dunia akhir zaman...


Dunia akhir zaman? Ya..memang dunia akhir zaman.. tak percaya? Tanda-tanda akhir zaman dah lama berlaku.. kita sahaja yang tak Nampak.. apa yang kita Nampak adalah hiburan dunia semata-mata.. nak kata tanda-tanda tak jelas.. Nampak sangat tak ikut perkembangan semasa..

Tanda-tanda kecil kiamat sebenarnya sudah sampai ke penghujungnya..maksud aku, tanda kecil ini sudah terlalu banyak berlaku.. contoh yang umum kita dapat lihat adalah maksiat yang berleluasa, pembuangan bayi, gempa bumi sana sini, anak derhaka kepada ibu bapa..

Cuba bertanya kepada diri kita, adakah cukup amalan kita untuk menghadapi hari pengadilan? Sudahkah kita melakukan semua perintah yang di suruh oleh Allah S.W.T?.. tak cukup? Masih belum bertaubat?

Segeralah bertaubat.. masih belum terlambat.. pintu taubat masih lagi terbuka.. kita kata kita dah cukup amalan? Betul ke? Cukup ke? Ada yang kata dia telah melakukan seperti yang di perintah, contohnya solat.. solat satu waktu dah nak kecoh.. yang selebihnya hangus macam tu je..

Orang yang beriman tidak akan menceritakan apa yang dia lakukan dan tidak akan bangga jika dia lakukan sesuatu pekara yang di perintahkan.. aku bukan cakap yang aku ni orang yang beriman.. tiada satu manusia pun yang sempurna.. masing-masing ada kelemahan sendiri.. untuk menjadi hamba yang beriman adalah dengan melakukan seperti yang di printahkan oleh-Nya...



Post License @ adamfikri.co.cc. [click to see license]

1 Comments: