Saturday 19 April 2014

Zul Noordin Sound KJ di twitter

Peguam Datuk Zulkifli Noordin yang sebelum ini ditegur dengan nada agar tegas oleh Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) kerana tweet terhadap mendiang

Karpal Singh, hari ini memberikan kenyataan menyindir KJ.

Semalam, Zulkifli mengeluarkan tweet yang berbunyi;

“Dalam kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama perlaksanaanya,” katanya.


KJ yang kurang senang dengan kandungan Tweet itu, menyarankan Zulkifli agar menutup mulup. Teguran yang dibuat KJ dalan gaya nada yang sangat serius.

Nampaknya, teguran KJ itu tidak diterima dengan begitu mudah oleh peguam berkenaan yang menjawab;

“Teman sebenarnya malas nak layan menantu Pak Lah ni kerana mengasihani Najib! Jadi teman akan jawab hanya sekali sahaja yop supaya mika smua boleh tidur lena,” katanya.


Kemudian diikuti dengan satu lagi tweet;


@Dear menantu Pak Lah, plese don’t be a knee-jerk politician! We don’t need another Anwar in this country ! Ok yop?
Ternyata imej KJ yang suatu masa dahulu naik secara tiba-tiba macam roket dalam politik Malaysia disebabkan kedudukan bapa mertunya, Tun Abdullah Badawi (Pak Lah) yang merupakan Perdana Menteri ketika itu belum hilang dilupakan.

Setiap kali ada pihak yang tidak berpuas hati, hubungan KJ dengan Pak Lah akan diingatkan…sebagai simbolik kepada KJ…”kalau bukan sebab bapak mertua kau… kau takkan ke mana dulu”.

Selain itu, kelemahan pentabiran Pak Lah juga cuab dizahirkan setiap kali KJ bersuara.

KJ yang kurang senang dengan tindakan Zul itu kemudian membuat status tweet;

“@zulkiflinoordin jika lain kali ada sesuatu yang ingin diperkatakan, hanya nyatakan nama saya @khairykj. Jadi anak jantan,” katanya. – MYNEWSHUB

0 Comments

Post a Comment