Saturday 19 April 2014

8 Jenis Solat Zaman Sekarang

8 Jenis Solat Orang Islam Zaman Sekarang 


Bersediahkah anda untuk menghadapi hari kiamat? Adakah amalan yang kita lakukan selama ini diterima oleh Allah SWT? Itu hanya Yang Maha Esa sahaja yang mengetahuinya... Apa yang kita boleh lakukan ialah suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Anda fikirkan anda dari jenis solat yang macammana ?

1 - Solat Ikut-Ikutan

Solat secara zahir sahaja, solat secara membuta-tuli,
solat tanpa mengetahui hukum hakam solat.
Solat ini adalah solat orang durhaka dan mendapat
kemurkaan Allah SWT di dunia dan akan diazab oleh
Allah SWT di Akhirat kelak.

2 - Solat Ikut Mood

Solat orang yang tahu hukum-hakam solat tetapi
tidak melawan kehendak hawa nafsu selepas
menunaikan solat.

3 - Solat Orang Lalai

Solat golongan ini adalah solat mereka yang tidak
mencintai Bahasa Allah SWT, mereka jadikan Bahasa
Allah SWT sebagai bahasa arab, sedangkan mereka
tidak dapat membezakan Bahasa Al-Quran dengan
Bahasa Arab.

4 - Solat Awam

Solat golongan yang cukup syarat, tahu bahasa arab,
tahu fadhilat, tahu doa dan sempurna segala bacaan
berkaitan dengan solat.
Semasa solat mereka masih terselit tujuan solat yang
bermatlamatkan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya.


5 - Solat Orang Yang Kurang Khusyuk

Golongan ini mampu mencapai khusyuk didalam solat
tetapi bukan sentiasa dalam keadaan sedemikian, namun
kadang-kala khusyuk.


Solatnya masih khayal dan teringatkan urusan dunia
diluar solat, mereka insaf dan sedar tetapi hatinya
tidak putus dengan urusan dunia.

6 - Solat Orang Soleh

Golongan ini solat dengan penuh keilmuan, memahami lafaz
-lafaz Allah SWT yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim,
hati dan jasadnya telah dekat dengan Allah SWT. Uusan
dunia tidak mampu melalaikannya kepada Allah SWT.

7 - Solat Golongan Al-Muqarrabin

Solat golongan ini adalah solat yang ditunaikan dengan
penuh kenikmatan dan hubungan mereka semasa solat
amatlah Indah.


Mereka terlalu dekat dengan Allah SWT semasa solat,
sujud dan tasbih sentiasa mengiringi setiap gerak geri
hati dan pergerakkan mereka semasa solat dan diluar
solat.

8 - Solat Golongan As-Siddiq

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi kedudukannya
di sisi Allah SWT. Solat adalah talian hayat hidup mereka.

Jenis macam manakah anda? Walau apapun pekara yang anda lakukan, jangan dilupakan kepada pekara yang wajib. Kita perlu ingat bahawa kita adan Tuhan yang perlu di sembah dan menurut perintah. Jangan jadi Islam hanya pada nama sahaja. Semoga anda bersedia untuk menghadapi hari pembalasan.

Sumber

0 Comments

Post a Comment