Zul Amirul hadapi laluan mudah ke peringkat akhir
Perenang paralimpik elit negara Zul Amirul Sidi dijangka mendapat laluan mudah untuk mempertahankan pingat emas bagi acara kuak lentang kategori S5 individu lelaki di Temasya Sukan Para Asean keenam Solo, Indonesia 2011.
Zul Amirul, 39, berkata, walaupun demikian beliau berasa sedih kerana telah kehilangan satu pingat emas sebelum turun ke kolam renang apabila acara 100m kuak lentang yang merupakan acara kegemarannya tidak dipertandingkan pada kali ini.
"Di atas kertas pingat emas pasti berada dalam tangan namun saya akan tetap lakukan persembahan yang terbaik dan tidak memandang rendah keupayaan perenang paralimpik dari negara lain terutamanya Thailand,” katanya ketika ditemui Bernama di perkampungan atlet yang terletak di Kompleks Asrama Haji Donohudan dekat sini hari ini. - BERNAMA
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter
Make Your Own Gifts Here
Zul Amirul, 39, berkata, walaupun demikian beliau berasa sedih kerana telah kehilangan satu pingat emas sebelum turun ke kolam renang apabila acara 100m kuak lentang yang merupakan acara kegemarannya tidak dipertandingkan pada kali ini.
"Di atas kertas pingat emas pasti berada dalam tangan namun saya akan tetap lakukan persembahan yang terbaik dan tidak memandang rendah keupayaan perenang paralimpik dari negara lain terutamanya Thailand,” katanya ketika ditemui Bernama di perkampungan atlet yang terletak di Kompleks Asrama Haji Donohudan dekat sini hari ini. - BERNAMA
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
good luck
ReplyDelete