Beliau berkata, kedua-dua universiti bersetuju dengan beberapa cadangan bagi inisiatif bersama membabitkan akademik serta penuntut UiTM dari pelbagai fakulti.
"Kerjasama yang dicadangkan bakal menyaksikan penubuhan program dalam Komunikasi Perniagaan, Pertuturan dan Pendengaran selain penyelidikan dalam pelbagai bidang yang mempunyai kepentingan bersama dengan Fakulti Perubatan UiTM,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, perkara itu dibincangkan ketika kunjungan hormat delegasi Universiti Ohio yang diketuai Presidennya, Dr Roderick J. McDavis ke sini semalam.
Kedua-dua universiti juga akan bekerjasama dalam menerbitkan ”OU Review” selain menubuhkan Institut Kejuruteraan Kimia (Hakisan) UiTM-OU, katanya. – Bernama
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
0 Comments
Post a Comment