Dahlan David Abdullah, 46, dan Ramunatul Aida Rahmat, 43, kedua-duanya pengarah syarikat Jazmeen (M) Sdn Bhd, didakwa melakukan kesalahan itu di Cheras Business Centre antara 29 Disember 2006 hingga 30 Julai 2008.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM10 juta, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Syarikat Jazmeen, yang menjalankan perniagaan berbentuk perdagangan, turut berdepan pertuduhan menerima deposit tanpa lesen pada waktu dan tempat yang sama.
Hakim S.M Komathy Suppiah menetapkan esok untuk hukuman dan memerintahkan tertuduh dibawa ke Penjara Sungai Buloh selepas membenarkan permohonan pendakwaan agar pasangan itu tidak dibenarkan ikat jamin.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Bank Negara, Mohd Shukri Abdul Mansur berkata, kedua-dua tertuduh pernah menghilangkan diri daripada buruan pihaknya pada 15 Julai 2009 berhubung kesalahan itu. – Bernama
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
0 Comments
Post a Comment