Menurut kenyataan FAM, setiap pasukan yang bertanding akan bermain secara timbal balik dan pasukan yang mengumpul mata tertinggi sama ada Liga Super dan Liga Perdana akan meraih kejuaraan.
Sebanyak 14 pasukan akan bertanding dalam Liga Super yang bermula 10 Jan ini manakala 12 pasukan akan bertanding dalam Liga Perdana yang bermula pada 13 Jan.
Pada undian Liga Super hari ini, juara Liga Super musim ini, Kelantan diundi di kedudukan ketiga manakala naib juara, Terengganu yang juga naib juara Piala Malaysia musim ini diundi pada kedudukan ke-13.
Pertandingan Liga Perdana turut menyaksikan kemasukan beberapa pasukan kelab seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) FC dan juara Liga FAM musim ini, Betaria FC dari Negeri Sembilan.
Keputusan perlawanan Piala Sumbangsih antara Kelantan bertemu dengan juara Piala Malaysia musim ini, Negeri Sembilan, di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV pada 7 Januari depan tidak akan dikira mata untuk Liga Super berbanding sebelum ini. – Bernama
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
0 Comments
Post a Comment