Thursday, 15 December 2011

Penuntut ditahan bantah AUKU: KPT tunggu laporan polis


Penuntut ditahan bantah AUKU: KPT tunggu laporan polis


Kementerian Pengajian Tinggi akan mendapatkan laporan daripada polis berhubung penahanan 15 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengadakan piket membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 di KL Sentral semalam sebelum mengambil sebarang tindakan.

Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Datuk Dr. Rujhan Mustafa berkata, memandangkan piket itu diadakan di luar kawasan kampus, perkara itu disiasat oleh polis.

"Mereka berdemonstrasi di luar kampus, jadi kita serahkan kepada pihak polis kerana mungkin mereka berkumpul tanpa kebenaran,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penutupan Forum Pendidikan Tinggi Global di sini hari ini.

Beliau berkata, pelajar yang tidak berpuas hati dengan akta berkenaan tidak perlu mengadakan perhimpunan atau demonstrasi kerana kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pindaan AUKU bagi mengkaji cadangan pindaan kepada Seksyen 15 akta itu. - BERNAMA
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment