Tuesday 27 December 2011

Pelajar mati ditembak ketika bercuti

bandar salford
LONDON: Seorang pelajar warga India mati ditembak di sebuah bandar di sini ketika sedang bercuti bersama sekumpulan rakannya.

Mangsa, Anuj Bidve dibunuh semalam dalam kejadian yang polis sifatkan sebagai serangan jarak dekat tanpa provokasi berdekatan hotel di bandar Salford, barat laut England.

Ketua Superintendan Polis Greater Manchester, Kevin Mulligan, berkata lelaki berusia 23 tahun itu adalah antara kumpulan sembilan orang yang melawat bandar berdekatan Manchester.

Bidve adalah pelajar jurusan mikroelektronik Universiti Lancaster, utara England.

Police berkata, seorang lelaki kulit putih berumur lingkungan 20an menahan pelajar berkenaan dan bercakap seketika, sebelum mengacukan pistol dan menembak dari jarak dekat. - AP

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment