Sunday 11 December 2011

Orang ramai saksikan fenomena gerhana bulan

sumber |  tribunnews.com
KUALA LUMPUR – Orang ramai berpeluang menyaksikan keunikan gerhana bulan malam tadi dan beberapa tempat menjadi tumpuan termasuk Masjid Negara dan Planetarium Negara di sini.

Berikutan fenomena menakjubkan itu, kira-kira 2,000 umat Islam menunaikan solat sunat gerhana bulan selepas solat Isyak di Masjid Negara.

Imam Masjid Negara, Mohammad Zaki Ibrahim turut menyampaikan khutbah bertajuk ”Gerhana Bulan Bukti Kekuasaan Allah SWT”.

Gerhana bulan turut dicerap orang ramai menggunakan 10 teleskop yang disediakan dengan kerjasama Agensi Angkasa Negara, Jabatan Agama Islam Malaysia, Persatuan Falak Syarie Malaysia serta Majlis Mufti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ia menandakan fasa purnama Muharam 1433 Hijrah yang sama dengan kemuncak gerhana penuh.

Fenomena gerhana bulan penuh itu, yang bermula 7.34 malam ini hingga 1.30 pagi esok, dapat dilihat dengan mata kasar mulai 8.46 malam, manakala fasa umbra bermula dari 10.06 malam dan berlanjutan kira-kira 51 minit. – Bernama





Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment