Thursday, 15 December 2011

OPS Pengarah: Lebih daripada 30 kenderaan disita


OPS Pengarah: Lebih daripada 30 kenderaan disita

Sebanyak 31 kenderaan termasuk 25 buah motosikal disita manakala 82 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam ”Ops Pengarah” di dua lokasi semalam.

Operasi pertama dijalankan di Plaza Tol Sungai Besi bermula 4.30 petang hingga 6 petang manakala operasi kedua di Plaza Tol Jalan Duta hala Kuala Lumpur pada 9.30 malam sebelum berakhir kira-kira tiga jam kemudian.

JPJ turut mengeluarkan 25 notis larangan penggunaan kenderaan dan notis arah periksa kepada pengguna kenderaan, manakala polis mengeluarkan 22 saman terhadap pengguna motosikal.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ Datuk Ismail Ahmad berkata, 37 pengguna kenderaan menjalani saringan air kencing dan dua daripada mereka ditahan kerana disahkan positif dadah. - BERNAMA

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment