KUALA LUMPUR - Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) sentiasa membuka pintu untuk masyarakat menjadi sebahagian daripada sukarelawannya.
Presidennya Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata pihaknya kini mempunyai hampir 7,000 orang sukarelawan namun hanya 20 hingga 30 peratus sahaja yang boleh dikatakan aktif menyumbang bakti mereka.
"Kami sedar isu ini terjadi bukan disebabkan mereka dan kemungkinan besar ia adalah daripada pihak kami yang gagal membimbing mereka dengan program-program yang bersesuaian,” kata beliau pada perjumpaan Hari Penghargaan Sukarelawan Mercy Malaysia di sini.
Katanya Mercy Malaysia mempunyai sukarelawan yang pakar dalam pelbagai bidang seperti paramedik, jururawat dan penolong kesihatan.
"Mercy Malaysia juga berbangga dengan penyertaan daripada sukarelawan dari luar seperti Pakistan dan Filipina yang komited untuk menyumbang sesuatu bagi tujuan kemanusiaan khususnya menghadapi sebarang bencana alam,” katanya.
Mengenai tindakan Mercy Malaysia membuka pejabat perwakilan pertama di Medan, Indonesia tahun hadapan, beliau berkata ia bertujuan memudahkan misi bantuan kecemasan di negara tersebut yang sering dilanda bencana alam.
"Mengapa Mercy memilih Indonesia adalah disebabkan kita (Malaysia) mempunyai banyak persamaan dengan Indonesia selain dengan lokasi yang paling hampir dengan Malaysia,” kata beliau. - BERNAMA
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
Sunday, 18 December 2011
Mercy Malaysia pelawa masyarakat jadi sukarelawan
Share this
Related Articles :
Jakim Guna Pelbagai Saluran Siasat Dakwaan Lelaki Kahwin Di Ireland Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. pasti anda sudah mendengar kisah pasangan Gay Malaysia yang berkahwin diluar negara itu kan. ...
Wanita cari durian jumpa mayat lelaki SANDAKAN: Seorang wanita yang sedang mencari durian menemui mayat seorang lelaki dengan kesan cedera di kepalanya di Kampung Sandak ...
MATTA 2012 Dijangka Tarik ramai Pengunjung MATTA 2012 Dijangka Tarik 100,000 Pengunjung KUALA LUMPUR – Kira-kira 100,000 pengunjung dijangka melawat Pameran Persatuan Eje ...
JPJ tambah anggota bahagian pengujian lesen memandu MELAKA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menambah bilangan anggota di bahagian pengujian di seluruh negara bagi melicinkan pros ...
Jalan Serian-Sri Aman ditutup Jalan Serian-Sri Aman ditutup akibat tanah runtuh KUCHING 28 Dis. - Jalan utama menghubungkan Serian dan Sri Aman ditutup kepad ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Agama
Android
Artikel
Barclays Premier League
Berita
Berita Dunia
Blogger Preview
buat duit online
Contest
Dalam negara
dekstop background
English
FA cup
Fakta
Featured
FIFA 2014
Gallery
Gambar
Hacking
Hiburan
Info
info 18sx
Italian league
Jawatan Kosong
jenayah
Karya Seni
Keputusan
kesihatan
Komuniti
Lain-lain
Lirik dan Chord
Live stream
Luar Biasa
MH370
Movie
Pendidikan
Penyakit
Perumahan
petua
Politik
Public Diary
Saman
Santai
Software
Sosial
Spanish League
sukan
sukan luar negara
tempatan
Tips
Tutorial
UEFA Europa League
video
wallpaper
Wayang
Popular This Week
- [Artikel] Facebook Jeles dengan Google+?
- 5 Legasi keluarga seleberiti turun temurun
- Jadual & Keputusan Liga Super 18 & 19 April 2014
- Video harimau bintang terkam penduduk
- Nahas ragut 3 nyawa, kereta bergesel
- PMR: Prestasi Bahasa Melayu, Cina, Iban dan Pendidikan Islam menurun
- Tarikh tutup rayuan BR1M 3.0
- Kemewahan anak Cruise
- Rozita Che Wan Hadiahkan BMW X6 kepada anaknya
- Jadual & Keputusan Liga Perdana Inggeris 12 & 13 April 2014
0 Comments
Post a Comment