Wednesday 28 December 2011

Mara Terengganu Kutip Bayaran Balik


Mara Terengganu Kutip Bayaran Balik RM15.413j

KUALA TERENGGANU – Sehingga November lalu Majlis Amanah Rakyat (Mara) Terengganu memperoleh RM15.413 juta bagi pembayaran balik pinjaman yang diberikan agensi itu kepada golongan usahawan dan peniaga negeri ini

Pengarahnya, Abdullah Mohamad berkata, atas pencapaian itu maka pihaknya kini meletakkan sasaran pungutan bayaran balik sebanyak RM17.8 juta.

“Mara Terengganu adalah antara lima negeri terbaik dari segi bayaran balik dan kita yakin sehingga akhir Disember ini pungutan bayaran balik dari peminjam akan meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Kedai Serbanika “My Convenience Shop” di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, Mara Terengganu telah mengeluarkan pinjaman pembiayaan hampir RM31 juta kepada 360 usahawan dan peniaga di negeri itu dari Januari hingga November tahun ini.

Menurutnya, pembiayaan yang diberikan oleh Mara Terengganu kepada usahawan dan peniaga bergantung kepada peniagaan yang dijalankan dengan pinjaman maksimum RM500,000.

“Daripada RM31 juta itu RM21 juta disalurkan kepada 225 orang melalui Skim Pembiayaan Islamik Kontrak Ekspres dan RM9.892 juta kepada 135 peniaga biasa,” jelasnya lagi.

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment