Sunday 18 December 2011

Malaysia raih dua pingat emas pada hari terakhir Piala Asia ACC

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek pelapis negara menutup tirai Kejohanan Berbasikal Trek Piala Asia ACC 2011 yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras di sini, hari ini dengan menyumbang dua pingat emas.

Kedua-dua pingat emas dipungut oleh Lauretta Eva Adrian dan Muhd Arfy Qhairant Amran, masing-masing dalam acara keirin remaja wanita dan lelaki.


Bagi Lauretta Eva, 17, kemenangan pingat emas itu adalah di luar jangkaan dan merupakan pingat emas pertama yang pernah dimenanginya.

"Saya tidak sangka saya dapat meraih pingat emas. Saya hanya sempat berlatih cuma seminggu sahaja sebelum kejohanan ini bermula sebab menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

test drive Volkswagen boleh menang ipad? klik untuk selanjutnya


mat tune park it dah single - klik untuk selanjutnya


"Saingan sememangnya sengit dan saingan utama saya adalah pelumba dari Iran, dia begitu kuat," kata pelumba yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu.

Pada perlumbaan acara keirin remaja wanita itu, Lauretta Eva yang mencatat masa 13.781 saat berjaya mengatasi saingan daripada Reihaneh Talebisomeehsaraei dari Iran dengan perbezaan hanya 0.001 saat.

Lauretta Eva berharap beliau mampu meraih pingat emas dalam acara dan kategori yang sama pada Kejohanan Berbasikal Asia Februari tahun depan.

Sementara pingat gangsa acara itu menjadi milik pelumba negara Umi Hamimah Mohamad dengan catatan masa 14.136s.

Bagi Muhd Arfy Qhairant, ini merupakan pingat emas keduanya apabila berjaya mengekalkan kejuaraan yang dimenanginya pada siri kejohanan yang sama di sini tahun lepas.

Pingat perak acara itu dimenangi Warayut Kapunya dari Thailand, dan pingat gangsa menjadi milik seorang lagi pelumba Malaysia, Malek Marcus Mc Crone.

Dalam kategori elit lelaki acara yang sama, wakil negara Mohd Fattah Amri hanya meraih pingat gangsa, sementara pingat emas dan perak dimenangi dua pelumba Iran, Mahmoud Parash dan Mahmoud Rasouli.

Secara keseluruhan Malaysia berada di kedudukan ketiga selepas mengumpul tiga pingat emas, dua perak dan empat gangsa.

Pelumba Hong Kong mendominasi siri perlumbaan kali ini dengan 12 pingat emas, enam perak dan tiga gangsa, manakala Iran di tempat kedua dengan lima emas, lima perak dan tiga gangsa. -- BERNAMA



Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment