Thursday, 15 December 2011

Malaysia, negara Asia pertama beri kebenaran guna ubatan merawat strok


Malaysia, negara Asia pertama beri kebenaran guna ubatan merawat strok | KUALA LUMPUR: Malaysia membenarkan penggunaan 'rivaroxaban', antipenggumpal yang diambil sekali sehari, bagi mengurangkan risiko strok atau angin ahmar bagi pesakit yang mengalami denyutan jantung yang tidak teratur.

Dengan kebenaran itu, Malaysia menjadi negara pertama di Asia dan ketiga di dunia membenarkan penggunaan 'rivaroxaban' dalam petunjuk perubatan ini, kata Pengurus Besar bagi Bayer HealthCare di Malaysia, Singapura dan Brunei Dr Axel Bouchon.

Beliau berkata Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan kebenaran itu baru-baru ini sebaik sahaja ia dibenarkan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika (FDA) dan Ukraine, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bouchon berkata FDA telah mengesyorkan penggunaan rivaroxaban bagi mencegah strok dan sistemik embolisme bagi pesakit 'non-valvular atrial fibrillation' (AF).

"Strok berkaitan AF boleh dicegah dengan diagnosis sewajarnya, rawatan dan pengurusan dan dengan kebenaran ini, pesakit rakyat Malaysia yang bergantung dengan AF boleh menjadi antara yang pertama di dunia mendapat faedah daripada rivaroxaban yang juga berpotensi untuk mengurangkan bebanan akibat strok ke atas pesakit dan keluarga mereka," katanya.

Sementara itu, Juruperunding pakar kardiologi dengan Institut Jantung Negara Datuk Dr Azhari Rosman dalam kenyataan yang sama berkata kebenaran menggunakan rivaroxaban membolehkan pakar perubatan menggunakan pilihan baru bagi mengurangkan risiko strok dengan lebih berkesan bagi pesakit yang mengalami atria fibrilasi (berkenaan denyutan cepat beberapa serat otot jantung seseorang individu) dan ancaman strok yang berterusan.

Dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia diserang strok setiap tahun menjadikannya punca kematian terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung dan barah dan juga sebab paling biasa mengakibatkan kehilangan upaya yang teruk. - BERNAMA

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment