Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, antara langkah yang diambil ialah menggalakkan pelaburan oleh pelabur tempatan dan menumpu ke negara selain negara pasaran tradisional.
Katanya, Malaysia akan tetap menerima kesan secara terus sekiranya perdagangan dunia merosot dan sebab itu langkah-langkah menghadapinya perlu dirancang lebih awal.
"Tindakan yang diambil adalah untuk mempertahankan ekonomi, pelaburan asing dan domestik kerana kesan kejatuhan ekonomi dunia 2008 dan 2009 telah cukup merosakkan usaha kita membina ekonomi negara.
"Sekarang kita melihat kepada negara-negara bukan tradisional seperti ASEAN dan negara-negara ekonomi baharu muncul selain China,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Sijil Persekitaran Berkualiti (5S) kepada Kulim Technology Park Corporation (KTPC) dan tiga anak syarikatnya di sini hari ini. - BERNAMA
sumber : utusan
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter
Make Your Own Gifts Here
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
0 Comments
Post a Comment