Thursday, 22 December 2011

Dua kastam, seorang pegawai JPJ didakwa terima rasuah

PASIR MAS 22 Dis. - Dua pegawai kastam dan seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini secara berasingan, kerana tuduhan menerima rasuah di kawasan pintu masuk negara.

Pegawai Kastam, Zainal Ismail, 45, yang bertugas di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan, dituduh menerima suapan sebanyak RM50 daripada seorang individu sebagai upah supaya tidak melakukan pemeriksaan secara menyeluruh ke atas sebuah van.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut kira-kira pukul 8.25 pagi, 20 November lalu di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang dekat sini.

Dalam kes kedua, Pembantu Penguasa JKDM Kelantan, Azahar Mohamad , 37, dituduh menerima suapan sebanyak RM50 daripada seorang individu supaya tidak melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas sebuah van pada pukul 10.45 pagi, 4 Disember 2011 di lokasi sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama. - UTUSAN

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment