Friday 16 December 2011

Kuala Perlis bakal jadi bandar maritim


Kuala Perlis bakal jadi bandar maritim | KANGAR - Kuala Perlis akan dibangunkan sebagai bandar maritim berteraskan kepada industri maritim dan perikanan serta hab pelancongan bertaraf antarabangsa, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis diberitahu hari ini..
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, bandar pinggir laut itu akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ).
Menjawab soalan lisan, Hashim Jasin (Pas-Sanglang) beliau berkata, antara komponen strategik yang akan dibangunkan di Kuala Perlis ialah pelabuhan perikanan, jeti pendaratan ikan dan kargo serta lot industri kecil dan sederhana.
Turut akan dibina ialah terminal pengangkutan bersepadu, jeti penumpang, kompleks perniagaan, pusat konvensyen dan institusi pengajian tinggi, katanya.
Md. Isa berkata, bandar maritim akan menjadikan Kuala Perlis sebagai pintu masuk utama negara dan meningkatkan kecekapan sebagai pusat pendaratan ikan. - BERNAMA


Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment