BERA: Kerajaan memperuntukkan dana berjumlah RM8 juta sebagai pinjaman kepada usahawan untuk menjalankan perniagaan francais.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dana berkenaan bertujuan membolehkan lebih ramai rakyat terutamanya golongan muda menyertai bidang perniagaan francais.
"Sehingga ini sebanyak RM1 juta pinjaman diluluskan kepada 60 usahawan bagi menjalankan perniagaan francis di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Francais Malaysia di Kerayong dekat sini, hari ini.
Ismail Sabri berkata, pinjaman diberikan antara RM10,000 hingga RM50,000 dengan syarat usahawan terbabit mendapat perakuan daripada pihak francaisor terlebih dulu.
Beliau berkata, kerajaan mensasarkan seramai 200 lagi usahawan akan diberikan baki pinjaman dana berkenaan.
"Kita amat berharap lebih ramai golongan muda dan peniaga menyertai bidang perniagaan francais di masa akan datang kerana menjanjikan pulangan yang lumayan," katanya.
Beliau berkata, sehingga ini seramai 5,315 francaisi didaftarkan dengan 576 francaisor yang mana sebahagian besarnya menjalankan perniagaan berasaskan makanan.
Dalam perkembangan berkaitan Ismail Sabri berkata, Akta Francais akan dipinda tahun depan bagi membolehkan usahawan yang menjalankan perniagaan francais itu terjamin dan tidak dikenakan bayaran yang terlalu mahal oleh francaisor.
"Walaupun pada masa kini usahawan kecil francais menjalankan perniagaan secara baik dengan segala kemudahan termasuk pengiklanan disediakan, namun ada sesetengah francaisor mengenakan caj bayaran yang mahal kepada mereka," katanya.
Katanya, pindaan akta tersebut yang akan dibentangkan di Parlimen pada Mac depan dilihat akan lebih menjamin usahawan terbabit. - BERNAMA
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
Sunday, 18 December 2011
Kerajaan sedia dana RM8 juta untuk perniagaan francais
Share this
Related Articles :
Amaran hujan lebat di Sabah, Sarawak KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat dijangka turun di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sehingga Khamis ini yan ...
MPK Lupus 17,344 Unit Iklan Tanpa Permit MPK Lupus 17,344 Unit Iklan Tanpa Permit KLANG – Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini melupuskan sebanyak 17,344 unit iklan d ...
Peneroka dapat bonus insentif tahun ini KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan Felda akan membayar bonus insentif produktiviti antara RM400 dan RM1,2 ...
Dari rumah besar ke penjara - Khir Toyo SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini semal ...
terlihat mayat ketika memberi ikan makan SEREMBAN - Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Linggi berdekatan kawasan mengorek pasir di Taman Angsa Mas, Mambau di si ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
Agama
Android
Artikel
Barclays Premier League
Berita
Berita Dunia
Blogger Preview
buat duit online
Contest
Dalam negara
dekstop background
English
FA cup
Fakta
Featured
FIFA 2014
Gallery
Gambar
Hacking
Hiburan
Info
info 18sx
Italian league
Jawatan Kosong
jenayah
Karya Seni
Keputusan
kesihatan
Komuniti
Lain-lain
Lirik dan Chord
Live stream
Luar Biasa
MH370
Movie
Pendidikan
Penyakit
Perumahan
petua
Politik
Public Diary
Saman
Santai
Software
Sosial
Spanish League
sukan
sukan luar negara
tempatan
Tips
Tutorial
UEFA Europa League
video
wallpaper
Wayang
Popular This Week
- 5 Legasi keluarga seleberiti turun temurun
- bakal melansungkan perkahwinan : diganggu peminat apek
- [Artikel] Facebook Jeles dengan Google+?
- Kesan buruk URL pendek?
- Gambar Sticker Dinding Islamik Yang Menarik
- 16 Gambar Iklan Lama Produk Berat Badan
- Sewakan pistol kepada penjenayah
- 9 Gambar Situasi Cemas MH192
- Gadis jadi ketua keluarga, tanggung 3 adik
- sadasdfasd
0 Comments
Post a Comment