Thursday 15 December 2011

Kerajaan negeri hutang Pusat RM82.530 bilion sejak 2006

Kerajaan negeri hutang Pusat RM82.530 bilion sejak 2006


Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan yang tertunggak sejak 2006 hingga tahun lepas ialah sebanyak RM82.530 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, hutang itu adalah pinjaman yang disalur kepada kerajaan negeri bagi membiayai projek pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Antara projek terbabit ialah projek bekalan air, perumahan awam kos rendah, projek pembetungan dan penyediaan tapak infrastruktur industri, katanya menjawab soalan Senator Dr. S. Ramakrishnan, di sini.

Awang Adek berkata, antara langkah yang diambil kerajaan Pusat untuk mengutip semula hutang itu ialah dengan mengeluarkan notis bayaran balik kepada kerajaan negeri sebanyak dua kali, iaitu dalam tempoh enam bulan sebelum tarikh matang pembayaran dan seterusnya notis kedua bagi tempoh dua bulan sebelum tarikh matang. - BERNAMA

Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment