Wednesday 14 December 2011

Kastam rampas gading gajah Kenya ke Kemboja

Kastam rampas gading gajah Kenya ke Kemboja | PELABUHAN KLANG – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) berjaya mematahkan cubaan satu sindiket menyeludup 19 tan gading gajah bernilai RM4 juta dari Kenya melalui Pelabuhan Barat di sini semalam.

Rampasan itu dilakukan selepas Bahagian Penguatkuasaan Kastam Selangor mendapat maklumat mengenai kegiatan sindiket terbabit yang mengisytiharkan sebuah kontena sebagai barangan kraf tangan.

Hasil pemeriksaan terhadap kontena itu mendapati, barangan kraf tangan yang diperbuat daripada gading gajah ditemui pada bahagian depan namun pada bahagian belakangnya disumbat dengan sejumlah gading gajah seberat 19 tan di dalam 50 kotak.

Pengarah KDRM Selangor, Datuk Azis Yacub berkata, siasatan mendapati kontena berukuran 6.1 meter persegi itu dari Pelabuhan Mombasa, Kenya dan tiba di Pelabuhan Barat di sini pada 8 Disember lalu kira-kira pukul 11 pagi sebelum diseludup ke Kemboja.

Menurutnya, Malaysia disyaki menjadi transit bagi kegiatan penyeludupan gading gajah tersebut bagi membolehkan muatan gading itu ditukar ke kapal lain bagi mengaburi pihak berkuasa Kemboja.

“Sindiket ini juga didapati cuba memperdayakan pihak berkuasa dengan meletakkan barangan kraf tangan di bahagian depan tetapi menyembunyikan gading gajah yang asli di bahagian belakang kontena,” katanya di sini semalam.

Azis memberitahu, berdasarkan siasatan awal, rampasan yang dilakukan kali ini ada kaitan dengan sindiket yang sama menyeludup gading gajah pada awal September lalu berdasarkan modus operandi yang digunakan.

selanjutnya pada akhbar kosmo hari ini..
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment