Wednesday 14 December 2011

Jalan Kuantan-Sungai Lembing runtuh sepanjang 70 meter

gambar hiasan | google
Jalan Kuantan-Sungai Lembing runtuh sepanjang 70 meter

KUANTAN 14 Dis. – Laluan memasuki sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di Seksyen 6 di sini runtuh sepanjang 70 meter malam tadi.

Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan berlaku hasil tindakan pantas anggota keselamatan menutup laluan ke stesen minyak itu dalam kejadian 10 malam tadi. Lalu lintas tidak terjejas kerana jalan utama tidak ditutup.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Semambu, Datuk Phang Tsu Ming yang meninjau kejadian itu hari ini, berkata, kejadian itu berpunca daripada aliran air di bawah jalan itu yang menyebabkan hakisan dan runtuhan tanah di situ.

"Faktor hujan yang berterusan sejak akhir-akhir ini menyebabkan struktur tanah di bawah jalan itu tidak kukuh dan mendap secara tiba-tiba,” katanya.

Tsu Ming berkata, satu kajian akan dilakukan pihak perunding yang akan dilantik oleh syarikat minyak terbabit kerana jalan tersebut di bawah kendalian mereka. – BERNAMA

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment