Saturday 10 December 2011

Kastam rampas rokok RM2.18j

gambar hiasan | google
MELAKA: Cubaan satu sindiket penyeludupan rokok berpangkalan di Johor untuk menghantar bekalan bernilai RM2.18 juta ke Lembah Klang, gagal apabila lori lapan tan digunakan ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Melaka, kelmarin.

Pengarah Kastam negeri Datuk Mohd Nasir Said berkata, dalam kejadian 6.35 petang itu, pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga pemandu lori berkenaan.

Katanya, sindiket itu dipercayai terbabit dalam beberapa cubaan menghalang tugas anggotanya menggunakan taktik mengepung bagi menggagalkan rampasan barangan.

“Rampasan dibuat di hujung laluan keluar (import) Bangunan Sultan Iskandar, Johor membabitkan lori membawa muatan 10,500 karton rokok putih jenama ‘D&J’ dan 9,500 jenama ‘Tex’ bernilai RM200,000 dengan nilai cukai RM1.98 juta.

“Pemeriksaan di dalam kabin lori yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu turut menemui dua nombor pendaftaran lain dipercayai digunakan untuk mengelirukan penguat kuasa,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, kejayaan itu hasil risikan dua hari dilakukan pihaknya selepas mendapat maklumat awam dengan meneliti profil sindiket dimiliki jabatan itu.


“Sebelum ini, mereka menggunakan taktik mengepung, bagaimanapun kita sudah berjaya mengatasi taktik berkenaan. Bagaimanapun, sepanjang tahun ini sudah lebih 10 kes rampasan membabitkan sindiket sama dihadapkan ke mahkamah dengan nilai rampasan kira-kira RM5 juta,” katanya.

Mohd Nasir berkata, suspek direman 10 hari bermula semalam.

Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
kongsikan artikel ini pada facebook dan twitter Make Your Own Gifts Here

0 Comments

Post a Comment