Komander Leftenan John Alan Jones, 58, dijatuhkan hukuman tersebut di mahkamah tentera selepas sehari sebelumnya didapati bersalah terhadap tujuh kesalahan mencabul.
Mahkamah tersebut diberitahu bahawa dua daripada insiden tersebut, berlaku tahun lalu ketika Jones berkhidmat bersama kapal bekalan, melibatkan seorang kelasi wanita muda meniarap di ribanya dan dia memukul punggung wanita tersebut yang tidak bertutup.
Dia bagaimanapun mengakui sesetengah daripada perbuatan tersebut namun menafikan ia sebagai perbuatan pencabulan.
Jones juga didenda RM6,000 (Aus$2,000) kerana cuba memusnahkan komputer peribadinya yang dikatakan mengandungi gambar pornografi berkaitan pukul. -AFP
Tweet
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
0 Comments
Post a Comment