500 anak anggota PBTM terima Netbook 1Malaysia
Timbalan Menterinya, Datuk Maglin Dennis D’Cruz, yang menyerahkan komputer berkenaan berkata, sumbangan itu adalah antara satu juta unit Netbook kerajaan untuk diedarkan kepada pelajar sekolah dan penuntut universiti di seluruh negara.
"Ini merupakan inisiatif kerajaan untuk memastikan rakyat celik IT (teknologi maklumat) dan anak bekas tentera tidak dilupakan untuk menghadapi dunia tanpa batasan ini.
"Pemberian Netbook juga diharap dapat membantu anak anggota PBTM mudah mencari maklumat tambahan bagi pengajian mereka,” katanya. - BERNAMA
Dapatkan berita-berita terkini melalui facebook. Klik Like untuk ikuti update terkini Adamfikri.com
0 Comments
Post a Comment