Wednesday 12 October 2011

[Hiburan] Gerrard buat Reds makin bersemangat

LIVERPOOL - Bintang Liverpool, Steven Gerrard sudah pasti beraksi apabila berdepan musuh ketat, Manchester United Sabtu ini setelah pulih daripada kecederaan.
 
Ketua pasukan Liverpool itu tidak beraksi selama tujuh bulan selepas kali terakhir berdepan United pada 6 Mac lalu.



Dia tidak disenaraikan dalam kesebelasan utama walau satu perlawanan sejak tarikh tersebut dan terpaksa melalui pembedahan serta proses rawatan yang rumit demi untuk mengembalikan kecergasan.


Namun, segala kesabaran Gerrard berbaloi dan pemain tengah itu akan mengetuai Reds berdepan skuad bimbingan Alex Ferguson dalam perlawanan paling menarik perhatian musim ini.


Buat masa ini, Gerrard hanya beraksi sebagai pemain gantian dalam tiga perlawanan dan Liverpool tidak mahu terlalu tergesa-gesa memaksa Gerrard kembali bermain.


Aksi hebat Gerrard dalam perlawanan dengan Everton yang memberikan impak, memberikan keyakinan kepada Kenny Dalglish untuk menyenaraikan bintang England itu berada dalam kesebelasan utama pada perlawanan Sabtu ini.


Dengan aksi menentang United sebagai permulaan, ia boleh disifatkan permulaan sempurna buat pemain yang sering menjadi inspirasi Liverpool, seperti mana kemenangan 3-1 ke atas musuh utama mereka sejak berdekad lalu.


Dalglish berharap ketua pasukan Reds itu mampu memberikan kelainan:

"Kecergasan Steven Gerrard akan memberikan kekuatan kepada Liverpool. Jika anda mempunyai Steven dalam pasukan, ia pasti menambah keyakinan semua pemain.

"Kami mahu mempunyai sebuah pasukan yang kuat dan kehadirannya menjadikan pasukan ini bertambah hebat, " ujarnya. - Agensi

 Sumber rujukan : Utusan.com.my
Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

1 Comments: