Wednesday 12 October 2011

[Agama] Hasad dengki adalah sifat Iblis!

 Sifat dengki adalah sifat yang sebenarnya tidak patut ada dalam diri kita. tetapi terdapat juga sesetengah orang yang kurang menyenangi dengan kejayaan orang lain. Pantang nampak
orang berjaya atau memiliki sesuatu kelebihan mereka pasti akan cemburu dan merasa dengki..

Maksud Hasad
Hasad adalah kalimah bahasa Arab yang bermaksud dengki. Dalam laras bahasa Melayu, kedua-dua kalimah Arab dan Melayu ini digabungkan, mungkin sebagai kata penguat kepada kalimah pertama. 

Orang yang mempunyai perasaan hasad dengki sentiasa berada dalam keadaan resah serta gelisah. Antaranya disebabkan tidak senang dengan kejayaan orang lain yang maju terus kehadapan. Penyakit ini umpama satu virus bahaya yang telah merebak ke seluruh hati-hati sehingga sukar diubati.  

Hukum hasad
Hasad hukumnya haram dan termasuk dalam kategori dosa-dosa besar. Orang yang memiliki sifat ini dikira memiliki akhlak yang tercela. Malah sifat hasad dengki ini merupakan salah satu sifat iblis. 

Sifat hasad dengki bukan sahaja boleh membahayakan fizikal malah lebih bahaya daripada itu ia boleh merosakkan agama. 

selalunya mereka yang memupunyai perasaan hasad dengki ini akan rasa kurang senang dan tergugat bila seseorang itu mencapai sesuatu kesenangan atau kejayaan. mereka sanggup menjatuhkan orang lain semata-mata untuk tidak merasa tergugat. rugi kan golongan manusia yang macam ini..
hasad dengki memang kadang2 muncul walaupun kita rasa kita ikhlas untuk terima kekalahan atau menghormati kejayaan seseorang, tetapi kita perlu ingat bahawa selagi kita berdengki, hidup kita tidak akan tenteram dan akan rasa tidak senang sampai bila2. jadikan kejayaan seseorang itu sebagai semangat untuk anda berjaya juga



Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 3.0 Unported License. kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

2 Comments:

  1. perasaan hasad dengki itu boleh meruntuhkan akhlak

    ReplyDelete
  2. tambahan sikit:
    riya'@sombong@takbur juga daripada Iblis.
    Jadi penyebab berubahnya kedudukannya yang mulia, menjadi hina.
    sebab riya' dengan penciptaan dirinya berbanding Adam

    ReplyDelete