Orang
dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi
kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula
bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah
antara empat hingga lima jam sehari.
Amalan
tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri
dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa
semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.
Islam melarang kita untuk tidur meniarap
“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)
Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Jauhkan
diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu
perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan
mengurangkan rezeki.
Ibn
Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau
berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan
berzikir kepada Allah, sehingga tidur.
sebelum tidur ,amalkan zikir dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.
Itu
adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan
serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah
digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum
tidur bagi mengelak gangguan.
sumber
sumber
0 Comments
Post a Comment