Thursday 11 August 2011

[Agama] Soal jawab Agama (bulan puasa)



bila tiba bulan puasa sahaja, pasti pelbagai soalan akan bermain di fikiran korang kan. pasti ada yang tertanya2 adakah sesuatu pekara itu akan membatalkan puasa atau tidak. so, adam dah buat research dan adam akan paparkan berberapa soalan yang selalu bermain di fikiran kita.


1.Memberus Gigi selepas Azan Subuh
perbuatan memberus gigi selepas azan subuh adalah tidak membatalkan puasa. jika korang memberus gigi puasa korang tidak akan batal.


2.Menggunakan inhaler pada bulan puasa
Menggunakan 'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan puasa. Dalam hal ini perlu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat bergantung kepada penggunaan 'inhaler' (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan. Tetapi jika penggunaan 'inhaler' hanya pada waktu ia memerlukan sahaja (kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib mengqada 
semula puasa tersebut.


3.Keluar Mani pada bulan puasa
sekiranya korang tidur dan bangun keesokkan harinya dan mendapati keluar mani, korang masih lagi boleh teruskan puasa. puasa korang tidak batal kerana mani itu keluar bukan secara sengaja. ramai yang beranggapan apabila keluar mani puasa mereka batal, tetapi sebenarnya puasa itu masih sah dan tidak batal


4.Hukum memakai kanta sentuh di bulan puasa
puasa korang sah kerana mata bukanlah rongga yang terbuka dan perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa.


5.Merokok di bulan puasa
banyak kawan2 adam yang tanya adakah merokok membatalkan puasa atau makruh sahaja. jawapannya adalah batal. jika korang merokok di bulan puasa, puasa korang akan batal kerana asap yang di  sedut akan masuk kedalam badan korang. ianya sama macam makan dan minum jugak lah kalau korang merokok.


6.Bersahur ketika azan subuh berkumandang
Sah puasanya, dan hendaklah berhenti makan serta merta dan terus membuang sisa makanan yang berada di dalam mulutnya.


so, jika korang ada kemusykilan korang boleh je tanya adam, dan adam akan cuba carikan jawapan untu persoalan korang
Post License @ adamfikri.com. [click to see license] kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

1 Comments: