Monday 22 August 2011

[Artikel] Perempuan Bertudung Vs Perempuan tidak bertudung



Siapa kata perempuan tidak bertudung jahat? dan siapa kata perempuan yang betudung itu baik? 2 persoalan ini kadang-kadang selalu bermain di fikiran kita. Masing-masing dengan pendapat yang tersediri..
Ada yang kata perempuan tidak bertudung suka bersosial, lepak dengan lelaki dan memiliki akhlak yang tidak elok.


Ada yang kata perempuan bertudung mempunyai keperibadian yang baik, memiliki sifat yang ramai lelaki idamkan dan tidak gemar bersosial.


seperti yang adam cakap tadi, masing-masing mempunyai pendapat mereka yang tersendiri.


jangan kita anggap perempuan yang tidak bertudung itu semuanya tidak elok dan rosak kerana walaupun mereka tidak bertudung tetapi mereka mempunyai hati yang baik, keperibadian yang baik. 


mungkin kita lihat mereka kerap lepak dengan lelaki itu tidak bermakna mereka rosak. selagi mereka percaya pada Ajaran Islam dan tidak bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim mereka bukanlah teruk seperti yang ramai orang fikirkan.


ramai yang beranggapan perempuan bertudung itu semua yang perfect dan yakin bahawa mereka sememangnya boleh di bawa isteri.


tetapi tahukah anda bahawa kebanyakkan perempuan yang bersosial adalah mereka yang memakai tudung. anda pasti pernah dengar berita wanita islam bertudung dilihat menghadiri majlis di gereja? itu sudah mencemarkan tanggapan baik kepada wanita bertudung.


memang bukan semua wanita bertudung seperti itu. kadang-kadang kita lihat di sekolah mereka memakai tudng labuh, memakai tudung dengan kemas, tetapi apabila di luar, pastikah mereka memakai tudung?


bagi golongan lelaki, anda jangan menilai seseorang wanita itu hanya daripada luaran. hati juga penting untuk menjamin kebahagiaan kalian. memilih wanita tidak bertudung tidak semestinya membuat anda tersalah pilih. anda juga boleh menegur dan menasihati mereka agar berubah.


ramai yang berubah selepas kahwin. contoh kita boleh lihat datuk Siti Nurhaliza, semakin cantik dengan imej bertudung beliau.


so, apa yang penting adalah diri masing2. berubah selagi anda mampu dan jangan menilai seseorang itu hanya dari luaran. tidak semua wanita tidak bertudung jahat dan tidak semua wanita bertudung sempurna. semuanya atas diri sendiri. fikirkan apa yang terbaik untuk diri masing2




Post License @ adamfikri.com. [click to see license] kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

19 Comments:

  1. dari diri berdiri :) hehe kan adam ?

    ReplyDelete
  2. btul tuh, saya setuju, kadang yang tidak bertudung ada juga niat nx bertudung ,tp belom masa . pakai tudung je jahat . Tp nak share sikit kt sini, td mase pergi bazar di tambun , ade kawan saya ni jual popiah .. tak puasa pulak tuh , dah la lelaki , saya pun tegur lahh , npe xpuasa ?kte kan islam , kmo tu lelaki ..uzur ke pown ..then die selamba balas blek , kmo ingat kamu baek sangat kew ..puasa konon .. dah la tak pakai tudung . pe kejadah mamat tu .. skurang2nya saya masih menuntut ajaran yang betul cuma dosa saya adalah tidak bertudung ..

    ReplyDelete
  3. kdg2 dorang pakai tudung pon sekadar menutup aurat. tapi hati tak bersih nak buat ape jugak kan..oleh itu menutup auratlah seiring dengan kebaikan o amal soleh yg ada. baru boleh jd muslimah sejati..weee~~

    ReplyDelete
  4. nak cakap gane ek,,, sape yang kuat ilmu dan kepercayaan pada Allah, pasti tau apa hukum Allah, sesetengah yang free hair kata dia tak mau bertudung sebab wanita yang bertudung pakai tudung macam makcik la, pakai tudung tapi hati tak bersih le,,, siapa yg rugi?diri sendiri.

    ReplyDelete
  5. jom jom layan movie

    watching online movie free  hbo,spot ,cinemax,max hd.,Tnt movie,nasional geopgrafi.,espn.,spot megamix ,star movie ,disney channel,history channel ,animal planet , discovery channel and more channel free CLICK TO WATCHING
    NAK DENGAR RADIO  MALAYSIA ONLINE FULL LIST RADIO VISIT LINK TO LISTEN
    TO WATCHING TV3,TV2,TV1,TVi,JAKIM TV ,MOB TV ,1HUJAU TV CLICK LINK TO WATCHING
    Listen Indonesia radio online CLICK TO LISTEN

    ReplyDelete
  6. huk3 bertudung haruslah dengan hati yg ikhlas=)

    ReplyDelete
  7. assalam adam, bertudung tuntutan ugama, yg tak baiknya bila tudung disalahgunakan utk menutup keburukan diri..hu2x..sebenarnya kan terpulang kpd individu itu sendiri !!..betul ada sesetengah org akan bertudung selepas berkahwin termasuk mama juga..he2x.jgn kita memandang org dari luarannya sahaja..

    ReplyDelete
  8. btul la 2. takde sape kata perempuan x bertudung jahat. cuma x ikut ajaran agama. btul kita puasa tp dpt apa klu kita still kutip dosa dgn tunjuk rambut kat org. maaf sy bukan nak berceramah tp nak tunggu sampai bila utk hati btul2 ikhlas tuk pakai tudung? kita boleh jamin ke yg esk kita akan hidup lg. klu x hidup apa kita nak jawab dgn Allah. Allah sentiasa beri peluang kpd kita untuk berubah. Jgn jadi manusia yg hari ini sama dgn hari semalamnya. maaf jika komen ini keterlaluan. Terima Kasih sudi membaca.

    ReplyDelete
  9. setuju sangat3..semuanya bergantung atas iman org tu tinggi @ rendah.. :)

    ReplyDelete
  10. orang yang bertudung x semestinya baik.. betul. tapi orang yang tak bertudung sah2 tak menutup aurat. tak tutup aurat tu. dosa ~

    ReplyDelete
  11. sokong idea jiejah..nk jelas pun ramai dah bg pndangan ape yg penting..tepuk dada tnya hati ~

    ReplyDelete