Saturday 10 May 2014

Petua atasi bau badan

 


Bau badan memang masalah biasa yang dihadapi oleh segelintir orang . mereka dah buat pelbagai cara tetapi tak juga hilang bau tu . orang tua-tua dulu mencegah bau badan dengan menyapu kapur sirih atau ramuan-ramuan yang diperbuat daripada bahan tradisonal . daun sirih sememangnya bagus untuk menghilangkan bau badan . so ada cara dia kalau nak hilangkan bau badan .


Artikel ini adalah olahan dari artikel 15/01/2011


1. Sediakan 1 biji limau purut , 3 sudu besar kapur sirih & 1 sudu kecil serbuk lada sulah. Campurkan kesemua bahan dan sapukan pada ketiak . ia berfungsi untuk menghindari bau badan sekali gus sebagai bahan anti peluh .

2. Ambil 4-6 helai daun sirih . rebus dengan 2 gelas air . air rebusanya diminum setiap pagi . anda boleh tambahkan gula kalau nak . mungkin tak kelat sangat .

3. Ramas2 daun sirih dengan perahan air limau kasturi . Ambil patinya & di jadikan sebagai deodorant . gosokkan ketiak setiap kali selepa mandi & sebelum masuk tidur.

4. Beberapa helai daun limau purut dihiris kecil2 & dimakan dengan sambal sebagai ulam . kandungan minyak asli ( limonene) dalam daun limau purut ( citrus hystrix) akan memperbaiki metabolism lemak lantas menghindari dari bau badan .

So , anda cubalah amalkan 4 cara yang admin kongsikan. insya-Allah akan sembuh penyakit anda tu . sentiasa berdoa kepada Allah supaya setiap penyakit segera ditemukan penawarnya .

0 Comments

Post a Comment