Wednesday 3 August 2011

[Artikel] Kisah Facebook




kisah facebook lagi kan. semenjak kebelakangan ni macam2 kisah tentang facebook yang kita dengar kan? ada isu virus, isu kena hack tak kurang juga isu pengguna facebook sendiri..


VIRUS
yang pasal isu virus itu, rasa2nya dah settel kot. kalau ada pun mungkin orang saja main2.. kalau betul pun tak payah la klik link tu.. virus hanya di sebar apabila korang download flash player tu sahaja.. kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal virus koobface tu, korang just klik --> [tekan sini]


HACKING
keduanya pasal hack facebook ni. sebenarnya isu ni dah sejuk dah pun. maksud adam dah tak ada isu hacking facebook ni sebab facebook dah upgrade dia punya security. tetapi tak mustahil untuk pecah masuk akaun seseorang. korang jangan rasa selamat dah ok. facebook korang kena jaga juga. terutamanya EMAIL.. kalau boleh korang hide email korang sebab kebanyakkan hacker la yang adam tahu diorang gunakan email untuk pecah masuk akaun seseorang itu..


GAMBAR
isu gambar ni sebenarnya biasa, tetapi kalau gambar tu tak menutup aurat & seksi, adakah itu biasa? adam rasa korang semua ada baca & tengok kot video yang cakap "apa jadi facebook kita apabila kita mati" . adam pun sokong jugak video tu. pekara ini sebenarnya lebih kepada perempuan la.. adam bukan salah kan perempuan 100% ok. rambut pun aurat kan, tapi cuba korang tengok berapa ramai yang letak gambar tak pakai tudung? ramai kan.


itu tak apa lagi, macam mana pula yang letak gambar yang seksi2? korang tak rasa berdosakah bila lelaki kerap datang tengok gambar korang & fikir macam2?. korang rasa korang hot ke kalau korang letak gambar seksi2? kalau ada lelaki yang nak pun percaya lah dia bukan dari golongan yang baik melainkan dia ada niat untuk ubah korang ^^..


STATUS
ini satu lagi pekara baru. sebenarnya adam nak tulis entry ini sahaja tetapi alang2 dah terlanjur baik tulis semua sahaja kan. erm..back to subtopic, isu status ini. perlu ke korang ceritakan tentang masalah peribadi korang kat semua? perlu ke korang maki orang dengan pelbagai lapisan orang yang baca? tak kan nak buka pekong di dada kot?


bagi yang bercinta, sibuk je update statu " sayang, i love you, rindu lah" , "i miss you too..muahhh"<<----- korang rasa perlu ke update statu kalau stakat macam ni. adam bukan nak mengata, itu semua hak masing2 lah kan. facebook korang, korang punya suka la kan ^^.. tetapi ada sesetengah orang yang tidak suka. bila kita tegur mula la cakap " kalau tak suka , remove je friend" . bila remove mula la mengata macam2 cakap kita belagak lah, bajet la. macam2 benda alah yang keluar.


satu lagi yang terbaru yang adam dapat ialah pasal remove friend ni. yang lawaknya dia Add kita, kita approve la kan, then dia wall kita "hye, tq app, sombong kena remove taw P" . dah lah terhegeh2 add orang , then nak ugut nak remove plak. bila kita remove, diorang dengan muka selamba badak je add balik, lepas hantar benda yang sama lagi. korang tak rasa rimas ke? kalau macam adam, adam block je terus.. senang cerita..


so, ini sahaja entry ringkas adam untuk kali ini..
p/s : kepada sesiapa yang terasa adam minta maaf ok, adam just luahkan pendapat sahaja..
Post License @ adamfikri.com. [click to see license] kalau dah baca tu, ringan-ringankanlah tangan anda untuk like page ADAM ok..
Make Your Own Gifts Here

1 Comments:

  1. errr.... jimat bandwidth?? ko pakai blogspot err hoeting sendiri?? nk kena jimat jugak ker? errr... kih kih kih.. kalau wordpress, takkan ruangan komen nihh boleh pop up mcm nih plak? kikikii... aku dah tak paham..

    sorry komen tak de kena mengena dengan entri.. kah kah kah..

    ReplyDelete